Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melabelkan peletakkan jawatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga Menteri Pembangunan Wanita, keluarga dan masyarakat sebagai keputusan 'separuh hati' bagi mengurangkan keributan umum sekarang tetapi pada masa yang sama merancang untuk kembali semula.
"Ia jelas, ini akan menjadi persepsi kepada masyarakat," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP apabila ditanya mengenai pengumuman Shahrizat untuk berundur daripada kabinet selepas jawatan senator yang disandangnya tamat bulan depan.
"Beliau berbuat demikian kerana beliau merasakan boleh kembali semula... tetapi kita kata beliau melakukannya dengan 'separuh hati'. Jika beliau mahu meletakkan jawatan, (jadi) letak semua jawatan.
"Sudah tentu, beliau tidak mahu mendengar desakan pembangkang, tetapi saya berpendapat beliau perlu mendengar nasihat rakannya, Ketua Umno bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee yang menggunakan perkataan yang lebih keras berbanding saya," kata Lim.
Beliau yang juga ahli parlimen Bagan berkata sekiranya niat Shahrizat untuk melepaskan jawatannya adalah asli, beliau tidak perlu menunggu sehingga 8 April ini untuk berbuat demikian.

4 comments:
Lim Guan Eng dah PANDAI isi hati orang pulak dah...
guan eng...macam mana kes tanah di penang yang berjumlah 10 billion???
yang dia sebok sangat hal parti orang lain apa hal?.kalau nak sebok sebok keluar dap masok mca.kan cun.
politik owh politik
Post a Comment