By admin On 18:01 | Categorized As , , | With 1 comments
Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan dakwaan kononnya parti itu menerima dana asing daripada pihak luar bagi menggerakkan jentera pilihan raya pada pilihan raya umum 2008.

Sambil menyifatkan tuduhan itu berniat jahat dan tidak berasas, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata menggesa pihak yang membuat dakwaan berkenaan tampil mengemukakan bukti.

"Ini semua tuduhan jahat yang tidak berasas. Kalau benar ada (dana luar) mengapa sehingga hari ini tiada tindakan daripada pihak berkuasa," katanya kepada mStar hari ini.

Sebelum ini Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mendedahkan bahawa Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggunakan khidmat agensi Yahudi bagi mengerakkan parti itu merancang kempen pilihan raya.

Menurut Mohd Zin, agensi yang dimaksudkan ialah Yayasan Konrad Adeneur (KAF) yang berperanan membantu Anwar dari segi dana dan latihan modal insan, selain menyerap masuk badan pemikir melalui Institut KajianDasar (IKD).

Mengulas lanjut Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata Umno kini semakin terdesak hingga terpaksa memfitnah pihak lawan bagi meraih sokongan rakyat.

"Sebab itu dalam perbahasan, saya minta Umno hentikan budaya fitnah, samseng, tumpukan kepada soal rakyat, dasar, program mengangkat martabat rakyat.

"Ini yang dihadapi Umno hari ini. Mereka tak mampu mendepani isu rakyat. Yang ada pada mereka hanya fitnah dan budaya samseng tanpa sebarang asas.

"Bagi saya Umno sudah hilang idealisme perjuangan mereka berbanding suatu ketika dahulu mempunyai matlamat yang cukup jelas mengangkat martabat Melayu dan Islam," katanya.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

Anonymous said...

ngaku je lah..dlm umno dulu kamu le yg jd perompak duit rakyat malaysia..nak harap gaji kamu, canme kamu boleh hidup mewab beb..ada sumber haram yg kamu terima..minta kdn, pdrm, sprm siasat kes dana asing ni yg diterima pembangkang..rakyat nak tahu drp mana dtngnya..dah lama citer ni brlegar tanpa tindakan pihak brkuasa..