By admin On 14:00 | Categorized As , , | With 9 comments
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat akan memberikan pendidikan percuma dan juga memansuhkan pinjaman pembelajaran jika mereka berjaya menawan Putrajaya dan membentuk kerajaan selepas PRU13.

Anwar juga menegaskan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Putrajaya akan memastikan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti dan ini akan memansuhkan keperluan untuk PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).

Bercakap semasa berdialog dengan belia di Kuala Lumpur, Anwar juga memberitahu bahawa Pakatan komited untuk menjaga nasib rakyat berbanding dengan kerajaan Barisan Nasional yang beliau dakwa sering menindas rakyat bawahan khususnya para pelajar institusi pengajian tinggi.

Ditanya mengapa beliau tidak memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) semasa menjadi menteri pelajaran, Anwar mengakui bahawa ia adalah sukar untuk melawan bos, mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Anwar berkata beliau telah mencadangkan draf Akta Pendidikan yang merangkumi universiti yang boleh menjadikan AUKU tidak relevan, tetapi menegaskan ia tidak bergerak di bawah menteri pendidikan berikutnya.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

9 comments:

Anonymous said...

Lebih baik jgn tunggu PRU 13 . Cuba bagi pendidikan percuma di negeri ditadbir Pakatan...bayarkan kos2 belajar anak2 di negeri di bawah pakatan baru ok....

Anonymous said...

dia bercakap tu..dari sudut ekonomi ka atau sosial..ataupun polotik....nampak sgt dah terdesak...janji yg bukan bukan...nanti kalau tak boleh tunai, dia kata pulak...belum dapat tawan Amerika lagi...dapat tawan kalu...baru boleh laksanakan janji tu.....

Anonymous said...

anwar tahu pengundi muda ramai penuntut IPT, tu yg main tabur janji, hahahahaha, xboleh pakai

Anonymous said...

Senang ler dia cakap nak bg semua free..habih lacturer dan pekerja peringkat IPT kerja free la..kolej swasta, pakai tutup ler, sbb sapa nak masuk IPTS kalau dah IPTA free?aku musykil org tua ni, dulu dia janji mcm2 gak kat Penduduk Kg Buah Pala, akhirnya kena halau..auta gila org tua nih..spin dan terus berjanji, tapi xtunai..sapa2 nak sensara, dgr la auta dia..dia bukan nak memerintah, tapi nak berkuasa ikut nafsunya shj..berfikir panjang lah wahai org muda..

Anonymous said...

Anwar ckp sebab dia yakin dpt bantuan dari YAHUDI. Dia akan GADAI negara kita, jadi mcm Palestin. JANGAN percaya. Anwar akan ckp APA saja untuk repy apa yang NAJIB buat. Kalau NAJIB bagi FREE AIR esok , Dia akan kata, DIA AKAN BAGI FREE BERAS Pulak. CAKAP memang senang. TAK CAYA kita Tunggu. Apa saja Insentif NAJIB bagi pada rakyat Anwar akan TIRU. Bukan Susah nak CAKAP. CAKAP, CAKAP jgn tak CAKAP Anwar, selagi lidah masih lembut, selagi ALLAH bagi bercakap.

Anonymous said...

Boleh bagi Free. Sebab dia yakin dapat bantuan Dari YAHUDI. Negara kita akan tergadai mcm palestin. Anwar saje CKP sebab NAJIB bagi duit byk pada rakyat. Kalau esok NAJIB kata Kerajaan bagi FREE air, ANWAR ckp dia nak bagi BERAS free. Cakap bukan susah.

Anonymous said...

Ternyata org malaysia taknak pendidikan free, harga pendidikan akan semakin mahal, sepatutnya fikirkan generasi anak2 kita nanti. Negara maju mcm german pun boleh buat, kenapa kita tak boleh?kata malaysia boleh :-) sepatutnya cara kita berpolitik semakin matang, bukan sibuk melayan berita tabloid dan fitnah

Anonymous said...

MENGARUT...MANIFESTO 2008 PUN X SELESAI LAGI..BERAPA BANYAK YG MASIH BELUM DILAKSANAKAN...TOTOK2 PR JER YG AKAN PERCAYA CAKAP ANWAR NIE...ANWAR BERINGAT SIKIT YAHUDI YG SPONSOR BERJUTA TUE NAK KAN BALASAN LEPAS PRU 13 NANTI...

Anonymous said...

Amerika selalu bertukar pemerintah, beberapa tahun demokrat... beberapa tahun repblikan,.... tapi tetap lebih maju dri M'sia, apakah sbbnya?