By admin On 08:00 | Categorized As , , | With 8 comments
Dewan Muslimat PAS hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menggunakan wang rakyat bagi mengadakan lawatannya ke seluruh negara.

Timbalan Ketuanya, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, sebagai seorang perdana menteri, Najib sepatutnya dapat membezakan bila beliau turun sebagai seorang ketua negara dan sebagai ahli politik.

"Dia seorang perdana menteri, dia juga presiden Umno. Rakyat tak dapat bezakan dia pergi ke setiap negeri-negeri itu sebagai apa?" soalnya dalam satu sidang media semalam.

"Sebagai perdana menteri, dia turun menggunakan perbelanjaan rakyat tetapi membuat kerja-kerja untuk parti," katanya yang mendakwa ianya satu penyelewengan dan menyalahgunakan kedudukan sebagai perdana menteri dan berkempen untuk Umno.

Selain itu, Mariah turut membidas tindakan Najib yang menurutnya dengan mudah membuat keputusan untuk membatalkan skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dan menyifatkannya sebagai satu pembaziran.

Jelasnya, tindakan itu juga menunjukkan Najib tidak serius untuk mentadbir negara.

"Keputusan SBPA dimansuhkan begitu sahaja sedangkan sudah berapa banyak dana kerajaan digunakan untuk membuat perbincangan, mesyuarat dan perbentangan. Ini pembaziran," tambahnya

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

8 comments:

Anonymous said...

kalau tak pakai duit rakyat nak pakai duit sapa? elaun wakil rakyat dan parlimen pun pakai duit rakyat, peruntukan tahunan untuk wakil2 rakyat pun pakai duit rakyat.. ceramah PR untuk kutip derma tu pakai duit sapa? duit penyokng pakatan rakyat. mana ada pemimpin sekarang pakai duit sendiri....cuma beli beras,gula dan brg dapur pakai duit sendiri..

Anonymous said...

dah habih dah idea puak puak pembangkang ni....otak dah kosong...tu yg asyik menuduh yg bukan-bukan tuuu....

Anonymous said...

Dr ini mmg tak bijak pasal pemerintahan negara....

Anonymous said...

bodoh betui ulasan mariah ni. sebagai pm, tentulah ada budgetnya nak lawat penduduk tak kiralah apa parti pun. dia tentu lah cerita bab kerajaan dan kerajaan adalah umno bn la ni. apa lah mangkaq punya pompuan mariah ni

Anonymous said...

Bodo la mariah nie.ckp byk jer lbh.kwasan ko tu yg xtrjaga lg nk ckp mcm2 psl Ds Najib.bangang nyer xsudah2.msalah anjing,jln lubang2 kt kota raja ko xpenah selesaikn pn.bodo..ptui!!! Kepala mak dia.dh lama org kota raja benci dgn ko..

Anonymous said...

Memang org kita kalau bagi komen kalau tak sumpah serampah mcm tak sah, budi bahasa dan akhlak dah tolak ketepi? barangkali nilah kesan selalu sangat membaca berita fitnah setiap hari, tapi rasanya semua ni akan dinilai kan, kalau tak di sini, di akhirat nanti, wallahu'alam

Anonymous said...

dua dua dr pas kata pm menbazir kekadang cuba cermin diri sendiri pada air longkang apa kah sumbangan anda kepada raayat wahai dr ct mariah carey jgn tahu mecacai je

Anonymous said...

Jangan marah dengan Dr.Siti Mariah ni!!!!.Kesian dia.Kalau dia tak putar-putar cakap, tak ada Mariah suasana politik kita!!!!.