By admin On 14:00 | Categorized As , , | With 3 comments

Kenyataan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang menggelar Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti ‘Iblis’, merupakan satu perbuatan biadap dan melampau, kata Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

“Jika berbeza pendapat sekalipun atau tidak bersetuju dengan pihak lawan, kita sewajarnya berbahas dengan fakta dan hujah, bukannya mencaci atau mengeluarkan kenyataan biadab seumpama itu,” tegasnya.

“Kalau Nazri teruskan sikap seumpama itu, kita yakin ia hanya akan mempercepatkan tumbangnya Umno-BN dalam PRU kali ini.

“Kenyataan beliau itu umpama menggali kubur untuk Umno,” katanya kepada Keadilandaily.

Kenyataan Nazri semalam, timbul ekoran tuduhannya mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pro- Israel.

Mengulas lanjut, Khairul Anwar berkata, Nazri sepatutnya berlaku adil kerana surat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada tiga pemimpin Israel, jelas membuktikan sikapnya yang hipokrit.

“Mahathir kata tiada hubungan diplomatik, tapi dalam diam-diam hantar surat pada tiga PM Israel mahu jalinkan hubungan, kan ini hipokrit namanya,” katanya sambil menambah isu itu sepatutnya diselesaikan menerusi perbahasan dan debat secara ilmiah.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

3 comments:

Anonymous said...

jangan sokong yang membawa rebah...itu adalah sifat peribadi beliau....ada yang lebih terok dari itu..fikir-fikirkan...

Anonymous said...

hahahh tau pun marah woi ANAK MONYET KURAP ... yang hangpa semua dok menghina najib tu hangpa ingat kami tak benggang ker .... MEMANG KETUA HANG TU IBLIS ... TAIKO IBLIS PUN TAKUT DEKAT KETUA HANGPA TU TAU ... WOHAHAHAH

Anonymous said...

Yang paling hipokrit ialah didepan A cakap lain, didepan B cakap lain.
Cermin-cerminlah diri.