By admin On 11:51 | Categorized As , , | With 1 comments

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamarudin menggesa agar Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan untuk menyiasat skandal NFC sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal menyiasat penyelewengan itu.

“Sekiranya tidak dapat menyiasat secara bebas, kami akan panggil RCI, ini kerana melibatkan dana awam.

“Persoalannya, sehingga kini tiada tindakan tegas daripada pihak berkuasa terhadap Datuk Salleh,” ujarnya.

Datuk Muhammad Salleh adalah Pengerusi NFC yang juga merupakan suami Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa hari ini, tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan RM250 juta oleh NFC.

“Hari ini kami berdua membuat laporan kepada SPRM berdasarkan laporan polis Shamsubahrin mengatakan Datuk Salleh menekannya melalui SMS dan panggilan untuk merasuah polis bagi menutup kes NFC.

“Ini bukan tuduhan liar daripada Shamsubahrin kepada Datuk Salleh kerana ada bukti berdasarkan laporan itu,” kata Sivarasa semasa sidang media di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan.

Katanya, sebagai badan yang bertanggungjawab, SPRM diminta menyiasat segera kerana bukti SMS itu jelas menunjukkan unsur rasuah.

“Datuk Salleh mesti disiasat kerana ada unsur rasuah, tetapi orang yang tidak menjalankan rasuah itu pula yang ditangkapnya.

“Kita bukan sahaja ada bukti SMS Datuk Salleh, tetapi ada beberapa bukti SMS daripada beberapa pegawai NFC menyuruh kes tersebut ditutup,” katanya.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

Anonymous said...

minah lembu ni lg..hal ketua peliwat dan video seks tu dia diam..itu sah2 je masuk neraka sbb dia brsubahat sekali menyokong maksiat..siBABI tu sokong israel dia diam..minah ni juga penyokong aktiviti seks songsang lgbt..knp bab maksiat ni kamu diam?...woii..kes nfc ni biarlah pihak brkuasa buat kerja..kamu trlalu menyibuk ni knp?..saman rm100 juta sdg menunggu..ni nak kena tambah lg..pengerusi nfcorp sila saman..jngn tak saman mulut betina hacoi ni & silaknatullah ni...politik punya fasal kamu sanggup tengok melayu bungkus..kalau kamu handal & hebat lbh baik jaga penduduk kawasan ampang je yg menghadap pelbagai masalah kronik tu..tak perlu menyibuk hal org sbb kamu pun takde kemampuan nak brniaga mcmtu..kalau ada pun kamu bg org buat dpt komisen tiap bulan..knp kamu jd talibarut kartel daging bukan islam yg keparat tu..ini kamu tak nampak..niat kamu memang busuk sbb kamu dah terhidu aura babi sbb brkawn dgn golongan itu...