By admin On 14:00 | Categorized As , , , | With 1 comments

Kelmarin merupakan tarikh genap tiga tahun rampasan kuasa di Perak, dimana menyaksikan kerajaan Pakatan rakyat tumbang ditangan Umno-BN.

Tarikh tersebut juga dikatakan merupakan detik hitam dalam sejarah negara apabila agensi kerajaan diperalatkan untuk menghalalkan rampasan kuasa tersebut, sekaligus menandakan berkuburnya demokrasi di negara ini.

Sempena memperingati hari berkenaan, pemimpin Pakatan Rakyat Perak bersama para penyokongnya telah berpakaian serba hitam dan berkumpul di bawah pohon demokrasi berdekatan Dewan Undangan negeri.

Pimpinan Pakatan Rakyat diketuai bekas menteri Besar yang digulingkan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, Datuk Ngeh Kor Ham, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussein dan Naib Presiden KEADILAN, Dr Lee Boon Chai turut memberikan ucapan.

Bercakap kepada keadilandaily, Mohamad Nizar mengingatkan semula kaedah jijik yang digunakan Umno-BN merampas Perak di bawah Pakatan Rakyat, diketuai timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

“Rampasan kuasa berlaku ketika Najib menjadi Pengerusi Umno negeri Perak. Beliau telah mencuri wakil rakyat Pakatan dengan kaedah jijik dan kotor untuk menyeberang kepada wakil rakyat bebas."

“Akibatnya kita (Pakatan) tidak mempunyai majoriti. Najib memainkan peranan sebagai ketua perampas dan ketua perompak dengan mencuri kuasa kerajaan Perak yang sah,” ujarnya.

Justeru itu katanya, sambutan ini diadakan untuk menyedarkan rakyat tentang tindakan jijik Umno-BN yang tidak mengiktiraf hak mereka.

“Rampasan kuasa di Perak dilakukan dengan cara yang cukup tidak bertamadun di mana pelbagai agensi kerajaan seperti polis dan SPR digunakan."

“Ia merupakan tarikh demokrasi dibunuh di Perak dan Malaysia. Rakyat tidak boleh percaya lagi dengan Umno yang mengkhianati perlembagaan persekutuan, undang-undang tubuh kerajaan negeri dan peraturan dewan,” ujarnya.

Sehubungan itu juga, beliau menyeru kepada rakyat Perak dan Malaysia khususnya supaya menumbangkan kerajaan Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

Anonymous said...

another liar...with full of vengeance...where is ur profile of a true muslim....