By admin On 08:00 | Categorized As , , | With 2 comments

Ketua Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron dinasihat mengambil cuti selama sebulan sehingga beliau dibersihkan dari tuduhan dikatakan berkhalwat pada Sabtu lalu.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat akhbar Pejabat Menteri Besar, kerajaan negeri telah menerima penjelasan Dr Badrulamin berhubung kejadian itu.

“Kerajaan Selangor mendesak pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melakukan siasatan secara telus, adil dan profesional demi menjaga maruah beliau sebagai muslim, sebagaimana yang dituntut dalam ajaran Islam.

“Kerajaan Negeri berharap cuti rehat yang diberikan ini dapat digunakan untuk menumpukan perhatian kepada musibah yang sedang ditanggung oleh beliau dan melakukan usaha-usaha bagi membersihkan nama beliau,” kata kenyataan yang dikeluarkan.

Menurut kenyataan itu lagi, tugas Badrulamin selaku Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor akan diambil alih sementara waktu oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Arfa’eza Abdul Aziz.

“Kerajaan Negeri Selangor menyeru semua pihak supaya tidak membuat andaian-andaian negatif dan menyerahkan hal ini kepada pihak berwajib melakukan penyiasatan,” ujarnya.

Semalam, Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz mengesahkan Badrulamin ditangkap kerana dipercayai berkhalwat di sebuah bilik hotel di Balok, Pahang.

Bagaimanapun, Badrulamin dalam satu kenyataannya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menggangap ia sebagai perangkap untuk menjatuhkan maruahnya.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

2 comments:

Anonymous said...

Elok benar bila kerajaan negerinya sendiri menyebut "musibah". Kalau dah musibah maksud ya memang dah salah langsung itu lah hukuman. Kalau belum( sebab masih tengah kuat spin) kerajaan negerinya tulis "ujian"

Anonymous said...

http://lamanizzs.blogspot.com/2012/02/khalwat-badrul-amin-selamat.html

nak spin lg ke?