By admin On 11:00 | Categorized As , , , | With 3 comments

Debat antara Presiden MCA, Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP menerusi siaran langsung petang semalam, Awang dengan mudah boleh membuat rumusan.

Penampilan dan hujah-hujah Soi Lek jauh lebih menyakinkan. Awang teruja apabila beliau dapat menyanggah hampir kesemua persoalan yang dibangkitkan oleh Guan Eng.

Antara lain katanya, MCA bersama BN telah 63 tahun memerintah. Walaupun banyak kebaikan dilakukan, sudah tentu ada kelemahan dan kepincangan. Tetapi pakatan pembangkang yang baru tiga tahun mentadbir beberapa negeri, telah menyaksikan penyelewengan dan rasuah yang berleluasa. “Jika kita beri 60 tahun lagi kepada mereka memerintah, rakyat akan jadi sangat susah dan menderita,’’ tegas beliau.

Ekspresi wajah dan bahasa badan Soi Lek cukup tenang berbanding Ketua Menteri Pulau Pinang. Karisma Soi Lek menyerlah. Pada masa yang sama, Guan Eng tidak dapat menyembunyikan elemen rasis ketika mengupas pandangannya dalam beberapa isu. Beliau juga gagal menjawab banyak persoalan ketika sesi soal-jawab bersama hadirin.

Apa pun Awang gembira kerana kedua-dua pemimpin sanggup tampil dalam upacara debat seperti itu. Ia budaya yang sihat sebagaimana amalan politik di Barat. Kepada Soi Lek dan Guan Eng, jika mahu sambung berdebat, silakan. Awang masih teruja. - Awang Selamat

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

3 comments:

Anonymous said...

TAHNIAH LGE..HANYA ORANG MELAYU KEBANYAKANNYA TERPENGARUH DENGAN DAKYAH UMNO BN DAN MAJORITI MEREKA INI MEMPUNYAI MINDA YANG TERTUTUP DEK TERLALU LAMA DISOGOK OLEH SEGALA MACAM PENIPUAN,PENYELEWENGAN BERITA DAN FAKTA,JUGA SALAH GUNA KUASA YANG SINONIM DENGAN UMNO BN.ASAL BUKAN UMNO!!

Anonymous said...

Tahniah CSL...hopely CSL ada tempat dalam PRU 13...

Anonymous said...

Anonymous
19 February 2012 12:26

TAHNIAH LGE..HANYA ORANG MELAYU KEBANYAKANNYA TERPENGARUH DENGAN DAKYAH UMNO BN DAN MAJORITI MEREKA INI MEMPUNYAI MINDA YANG TERTUTUP DEK TERLALU LAMA DISOGOK OLEH SEGALA MACAM PENIPUAN,PENYELEWENGAN BERITA DAN FAKTA,JUGA SALAH GUNA KUASA YANG SINONIM DENGAN UMNO BN.ASAL BUKAN UMNO!!

MALANG sungguh ada rakyat mcm awak ni di Malaysia. Tak sedar diuntung. Setiap kejayaan yg dinikmati hari ini adalah melalui kepimpinan kerajaan UMNO( Rahmat kurnia Allah). Bukalah minda dan berfikiran waras. Janganlah ikut emosi kerana emosi akan menutut kebenaran dan kewarasan.