By admin On 11:00 | Categorized As , , | With 2 comments

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) kekal dengan pendirian mahu mendengar kes tatatertib terhadap penuntutnya Adam Adli Abdul Halim, yang menurunkan banting berupa bendera Datuk Seri Najib Razak bulan lalu, 9 Januari ini.

Walaupun didesak pelbagai pihak supaya Adam Adli tidak diambil tindakan tatatertib oleh Upsi, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata, ia akan tetap diadakan jam 3 petang, 9 Januari.

Menurutnya, meskipun perhimpunan di pekarangan Upsi awal pagi semalam bertujuan mendesak supaya Adam Adli dibebaskan, pihaknya tidak berganjak dengan keputusan tindakan tatatertib terhadapnya.

“Adam Adli sedia maklum bahawa pendengaran hukuman akan diadakan pada 9 Januari ini atas tindakannya menurunkan bendera, namun penyertaannya pada demonstrasi di hadapan perkarangan Upsi juga akan dikenakan tindakan tatatertib sekali lagi oleh pihak Upsi ,” katanya.

Bagaimanapun katanya, notis tindakan tatatertib kepada Adam Adli akibat penyertaannya pada demonstrasi itu akan diserahkan dalam tempoh 10 hingga 14 hari lagi.

Junaidi berkata, selain Adam Adli, seorang lagi mahasiswi Upsi, yang turut ditahan polis pada malam kejadian itu, Siti Nurul Piteriah Abdul Halim, pelajar tahun ketiga juga tidak terlepas dengan tindakan tatatertib.

Dalam pada itu katanya, Upsi kini sedang menyiasat pembabitan beberapa mahasiswanya pada demonstrasi menuntut pembebasan Adam Adli dan penghapusan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) semalam.

Junaidi berkata, pihaknya sedang meneliti rakaman video dalam kejadian terbabit bagi memastikan identiti mahasiswa yang terlibat.

“Kami dimaklumkan terdapat beberapa mahasiswa Upsi yang terlibat. Jika terdapat bukti sahih pembabitan itu, mereka juga tidak akan terlepas dengan tindakan tatatertib oleh pihak Upsi,” katanya.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

2 comments:

mahyuddin said...

Aiyo, banyak silap la Husnizam Hosin, rakyat mahukan pendidik yang bukan hanya mementingkan tugas sebagai pendidik tetapi juga sebagai pemangkin untuk jenerasi yang akan datang yang boleh berfikir dengan waras dan matang...bukan hanya menjadi pak turut dengan tidak mempedulikan yang mana halal dan yang mana haram.

Sebagai seorang penuntut di UUM, kegunaan bahasa " memekik mcm binatang ke hulu ke hilir" tidak sepatutnya digunakan sebab itu mencerminkan moral seseorang.

Demi masa depan, saya amat setuju dengan apa yang dilakukan oleh mahasiswa-mahasiswa seperti Adam Adli dan rakan-rakannya.

Brahim Nyior said...

Adam Adli dan siswa perusuh perlu diambil tindakan supaya menghormati peraturan universiti.