By admin On 19:34 | Categorized As | With 0 comments


KUALA LUMPUR - Hari ini Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil membuat keputusan mengejut untuk bercuti selama 3 minggu bermula esok sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat .

Menurut kenyataan yang dikeluarkan BERNAMA , beliau telah pun menghantar pemohonan cuti ini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak .

Beliau juga berharap pihak SPRM dapat menyiasat dan menentukan samada dirinya terlibat dalam keputusan dibuat kerajaan dalam isu NFC di mana suami Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail sebagai Pengerusi Eksekutif .

Tindakan Shahrizat ini boleh dianggap sebagai baik dan bertanggungjawab bagi memudahkan SPRM menjalankan siasatan untuk menyiasat kes NFC ini .

Shahrizat berdepan isu NFC, yang diterajui Mohamad Salleh, apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu merumuskan projek itu berdada dalam keadaan kucar kacir.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

Isu itu semakin panas berikutan dakwaan Rafizi Ramli dan PKR bahawa wujudnya penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: