By admin On 14:30 | Categorized As , , | With 12 comments

KEADILAN menegaskan rakyat tetap tidak akan percaya terhadap video fitnah terbaru yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

Beliau mengulas dakwaan salah seorang ‘Trio Datuk T’, Datuk Shuib Lazim yang mendakwa terdapat satu lagi video yang dikaitkan dengan ketua pembangkang itu.

Menurut Muhammad Nur, video fitnah tersebut tidak berkesan untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar, malah terdapat kajian menunjukkan majoriti rakyat di negara ini tidak mempercayainya.

“Masyarakat tidak percaya dengan video ini. Janganlah buat kerja tidak berfaedah di sisi Islam. Islam mahukan umatnya mengamalkan kehidupan aman dan bukannya kerja jahat sebegini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar ketiga individu berkenaan segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

“Saya nasihatkan Datuk T hentikanlah amalan keji. Mengaibkan orang lain adalah sesuatu perbuatan yang keji dan berdosa besar. Sepatutnya mereka insaf dan bertaubat,” ujarnya.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

12 comments:

Anonymous said...

rakyat tdk akan percaya "imam mahadi" buat maksiat

Anonymous said...

Muhammad Nur Manuty..., why not you bisikkan pada Bang Non supaya menyaman trio Datuk 'T' tu. Ini soal maruah. Apa yang membuatkan you are so sure that rakyat tak akan percaya. Yang sebenarnya rakyat telah bosan dan TIDAK mempercayai Anwar lagi. Dia hanyalah seorang individu yang mempunyai masalah. Majoriti rakyat tidak mahu dan tidak akan menyokong seorang yang bermasalah untuk jadi pemimpin seperti beliau termasuk kamu juga.

Anonymous said...

Rakyat negara mana yang tak percaya tu Dr....... Israel kut?

Anonymous said...

Anwar tu suka saman orang, terkini dia saman Utusan Malaysia, kenapa dia tak saman orang-orang yang dituduh mengaibkan beliau. Aku akan tolong cari derma untuk bayar peguam jika dia nak saman Datuk T dan Umi Hafilda.

Anonymous said...

Tak usahke tengok video tu. Tapi fikirle ape yg dia kata tentang Hak Asasi manusia, Israel. Itu pun kita dah kena tolak dia. Video tu terlalu peribadi sgt.

Anonymous said...

Kita tak mahu pemimpin yang buruk laku dan peribadinya dari menjadi pemimpin negara di masa akan datang dan sekiranya keburukan ini tidak di dedahkan kepada masyarakat boleh kah kita menerima seorang pemimpin yang kotor pribadinya .

Pat Pong said...

Oii Mat Nok Magnetik. Rakyat Malaysia 26 juta bukan ahli PKR yang ceput tu.

Kalau dok baca kumpulan ceput tu sokong semua pun tak boleh jadi.

Nak harap DAP, depa pun bukan setakat PM mesti mau ingat "Singh is King"

Nak harap PAS, dulu bolehlah sekarang dah senget.

Agak2lah kalau nak bohong pun.

Anonymous said...

dr manuty ni buat2 bodoh je..isunya peliwat ni nak jadi PM...memanglah patut kita kena tengok peribadi bakal pm kita...masalahnya sampai sekarang pun masih berdoalak dalih..t\semoga Allah lindungi Malaysia dari Malapetaka

Anonymous said...

Kesian Dr. MNM. Lebih baik awak tinggalkan PKR.

Anonymous said...

Wahai Muhamad Nur Manuty! ingatlah dosa fitnah itu amatlah keji olih itu demi menegakan keadilan bertindaklah bagi pihak anwar yang awak kasihi, saman mereka2 yang menaburkan fitnah supaya dapat membersihkan muka anwar yang telah hilang seri cahaya keimananya. kalau perlu minta adakan siasatan diraja demi anwar yang tercinta.....

Anonymous said...

Apa hal ni Dr...? berapa Anu..gerah beri pd Dr sampai begitu sekali sokongan pada dia ni ??? telah buta mata dan pekak telinga...TAKSUB tak bertempat...mengucap banyak2...

BobKL said...

Tahun 97 dulu lagi dah Tun M cakap Anuar ni tak boleh pakai...tapi mati2 aku tak percaya...macam2 gelaran kita hina kat Tun...Mahazalim ler,Mahafiraun ler...Sekarang tahun 2012 apa yang Tun cakap dulu semua Allah dah tunjukkan...
Teringat kata2 arwah ayah aku dulu" Kalau kau tak percayalah ckp orang tua ni, kau kencinglah atas kubur aku esok".