By admin On 11:00 | Categorized As , , | With 1 comments

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ternyata telah bertindak menyalahi undang-undang bagi mempertahankan Putrajaya agar tidak terlepas dari Umno BN dengan cara mengugut rakyat.

Dengan tindakan Najib itu ternyata Umno BN masih juga tidak berubah walaupun berjanji untuk melakukan perubahan bagi perjalanan pilihanraya di negara ini agar menjadi bersih, adil dan telus seperti yang dituntut oleh rakyat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan terbaru Najib semalam jelas bertentangan dengan undang-undang dengan mengeluar kenyataan berbaur ugutan mengenai perkara itu.

"Pada hal dia Perdana Menteri sendiri. Mana boleh Perdana Menteri mengugut rakyat?" katanya ketika berucap pada Retreat Harakah Persiapan Menghadapi PRU ke-13 di Hutan Lipur Sungai Tua, dekat sini, hari ini.

Datuk Seri Najib seperti yang dilaporkan media semalam berkata, Umno BN akan tetap mempertahankan Putrajaya walaupun ke titisan darah yang terakhir.

Untuk mempertahankan Putrajaya, menurut Najib, pihaknya tidak mengalami kepayahan kerana Kerajaan BN ada polis, ada Rela dan ada tentera untuk digunakan.

Menurut Tuan Ibrahim, kenytaan Najib itu jelas bermaksud mengugut rakyat agar jangan menyokong PAS atau Pakatan, tetapi mesti terus menyokong BN jika tidak mahu susah.

"Tindakan Najib itu merupakan sesuatu yang amat merbahaya kepada rakyat. Ini jelas melambangkan elemen ugutan terhadap rakyat telah berlaku sekarang ketika negara kita akan menghadapi PRU Ke-13 tidak lama lagi," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

Anonymous said...

Najib jangan terlalu angkuh, bumi Malaysia ini bukan milik umno. Polis, tentera, RELA bukan umno yang bayar gaji tetapi adalah hasil cukai yang dibayar oleh rakyat. Rakyat berhak menentukan parti mana yang mahu dipilih sebagai pemerentah. Peristiwa pertumpahan darah jangan diundang, Jihad dan syahid adalah jalan dan hasrat kami.