By admin On 12:35 | Categorized As , , | With 1 comments

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini mengecam tindakan sekumpulan ahli Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang mengadakan perhimpunan haram di hadapan universiti tersebut malam tadi.

Yang Dipertuanya, Muhammad Afiq Fikri Mislan berkata, tindakan tersebut bukan sahaja memalukan golongan mahasiswa malah mencemarkan nama baik UPSI yang berdekad lamanya melahirkan ramai negarawan dan tokoh pendidik.

Muhammad Afiq Fikri berkata, pelajar UPSI tidak sepatutnya dikaitkan dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu kerana hampir kesemua peserta perhimpunan itu disertai pelajar luar.

“Kami sama sekali tidak setuju dengan demonstrasi ini kerana ia mengganggu kehidupan pelajar. Mereka yang terlibat dalam demonstrasi ini bukan semuanya mahasiswa UPSI.

“Jika ada pun yang terlibat, mungkin seorang dua dan ia tidak langsung mewakili suara keseluruhan mahasiswa UPSI. Mereka adalah golongan minoriti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Muhammad Afiq berkata, jika demonstrasi yang diadakan sehingga lewat malam tadi untuk menyelamatkan seorang pelajar UPSI, Adam Adli Abd. Halim daripada dikenakan tindakan tegas pihak universiti, ia sebenarnya tidak perlu dilakukan.

Katanya, pihak universiti sendiri belum membuat sebarang keputusan berhubung tindakan Adam menurunkan bendera tertera gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu demonstrasi SMM di ibu negara baru-baru ini.

“Lagipun, sebarang tindakan yang mungkin dikenakan nanti bukan diambil secara sambil lewa tetapi berdasarkan bukti-bukti kukuh mengikut penilaian jawatankuasa khas universiti,” katanya.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

Anonymous said...

aljuburi hantar geng gay ngan lesbian untuk selamatkan anak ikannya - adam adli aljuburi....