By admin On 11:56 | Categorized As , , | With 1 comments

Kedegilan dan keingkaran sekumpulan mahasiswa mewakili pelbagai pertubuhan untuk bersurai ketika menyertai demonstrasi menuntut pembebasan Adam Adli dan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) di hadapan pintu utama Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) pagi tadi telah membawa kepada tragedi berdarah.

Polis bersama FRU bertindak menahan ketua demo sehingga timbul kekecohan dengan adengan tolak menolak, termasuk kecederaan serius terhadap Pengerusi Gerakan Penuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Safwan Anang yang terpaksa dikejarkan ke hospital Slim River.

Sebelum itu, kumpulan demontrasi dikatakan cuba membawa Safwan mendapatkan rawatan dari klinik berdekatan dengan memecahkan pintu klinik itu, namun ketiadaan doktor memaksa mereka membawanya ke Klinik Kesihatan Tanjung Malim sebelum ke Hospital Slim River.

Dalam kejadian sama, lebih 100 pelajar berdemo di tahan polis dan dibawa menggunakan trak dan kereta polis ke balai Tanjung Malim.

Antara yang ditahan, Adam Adli, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional, Mohd Syahid Mohd Zaini, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Razab.

Kekecohan tercetus kira-kira jam 2.25pagi tadi apabila amaran polis untuk bersurai tidak diendahkan dan polis terpaksa menggunakan tindakan lebih keras.

Keadaan kembali tenang hingga jam 4.15pagi.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

Anonymous said...

tahniah kepada polis atas usaha anda..