By admin On 12:42 | Categorized As , | With 4 comments




NIBONG TEBAL - Seramai 300 ahli & penyokong Pakatan Rakyat kawasan Dun Sungai Acheh , Nibong Tebal hari ini bertindak keluar parti itu dan menyertai parti dalam BN iaitu UMNO , MCA , MIC dan Gerakan setelah kecewa dan hilang kepercayaan dgn kepimpinan kerajaan DAP diterajui Lim Guan Eng .

Kumpulan itu menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai UMNO kepada Pengerusi BN Parlimen Nibong Tebal , Datuk Zainal Abidin Osman dalam satu majlis di Sungai Acheh , di sini, hari ini."

Menurut Mantan Pengerusi JKKKN & Ketua Ranting PKR Sg Acheh Hj Ahmad Bin Ibrahim berkata, mereka telah memberi peluang Kerajaan negeri DAP menjalankan tanggungjawab menyelesaikan masalah rakyat di kawasan ini tetapi mereka gagal melaksanakan apa yang dijanjikan .

"Mereka langsung tidak pedulikan masalah rakyat terutama kami di sini di Dun Sungai Acheh , Sebaliknya UMNO dan BN banyak membantu menyelesaikan masalah penduduk di kawasan ini " katanya .

Selain itu, pihak Utara News juga dimaklumkan bahawa lebih 1000 orang penyokong Pakatan Rakyat telah keluar secara senyap lebih dahulu dan kelompok ini berjanji akan menyokong BN pada PRU 13 akan datang .


Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

4 comments:

Anonymous said...

takutnyeer MENANG BESOR LAH UMNOPRONO

Anonymous said...

Penang sekarang dah jadi kuah dalca....sendiri mau igt la org melayu...dulu dok elok elok hangpa pi nak try org len jaga hang...amek apa pun tarak...cekelat angin la kena buat ngan LimGuanEnggang...so PRU13 ni mau dok beringat la noh sapa yg jaga hangpa lagi elok....

Anonymous said...

Melayu PKR Penang tunggu apa lagi wey ! jommm kuaqq ramai2...pKR dah nak Tutup kedai...kuaqqqqq joommmmmm !!!!!

Anonymous said...

masuk la bn tu, lps ni gerenti lulus lesen judi kt tmpt korang... sama2 la meriahkn nnti ye.. :-)