KUALA LUMPUR : Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menasihati Datuk Seri Shahrizat Jalil agar jangan emosi berhubung skandal Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diterajui suaminya.
Sebaliknya, kata Zuraida, Ketua Wanita Umno itu perlu menjawab segala persoalan mengenai penyelewengan membabitkan dana RM250 juta yang diberikan kepada syarikat berkenaan.
Zuraida ketika membuat laporan polis terhadap NFC 23 November lalu menyatakan, “Dari awal kita tegaskan isu besar di sini ialah RM250 juta itu wang rakyat dan Sharizat kata dia tiada kaitan.
“Bagaimana dia boleh kata begitu, sedangkan NFC diterajui suaminya sendiri,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.
Ahli Parlimen Ampang itu diminta mengulas kenyataan penuh emosi Shahrizat dalam perhimpunan Agung Umno yang memberi amaran supaya KEADILAN tidak memainkan isu berkenaan.
Mengulas lanjut, Zuraida sekali lagi menegaskan bahawa NFC memperoleh kontrak Pusat Fidlot Kebangsaan ketika Shahrizat menjadi menteri kabinet, yang menyebabkan berlakunya konflik kepentingan.
“Dari awal kita tegaskan, ini bukan isu peribadi, tapi isunya ialah syarikat keluarga kamu memperolehi tender dengan kamu ketika itu sebagai seorang menteri.
“Kalau dari awal kamu tahu projek itu bakal diserah kepada keluarga, sepatutnya kamu orang pertama menolak kerana berlakunya ‘conflict of interest’ ,” tegasnya.
Sementara itu, KEADILAN akan mengadakan sidang media tergempar bagi menjawab serangan pimpinan Umno berhubung isu itu di lobi parlimen petang ini.
Selain itu, beberapa pendedahan baru dijangka akan dibuat untuk membuktikan berlaku penyelewengan di peringkat tertinggi Umno dalam skandal berkenaan.





7 comments:
TAK PADAN DENGAN IC '71'... SHARIZAT TAU SUAMI AKAN DPT PROJEK? TU DAH UNSUR FITNAH... SEDAP MULOT LONGKANG DIA AJE.. KALAU JD MENTERI AHLI KELUARGA TAK BOLEH BID PROJEK KERAJAAN? WALAUPUN MEMPUNYAI KAPASITI DAN KEBOLEHAN? MANA DEMOKRASI CAMTU? ITU DAH MENIDAKKAN HAK INDIVIDU... PEGI MAMPOS LG BAIK LA MAK LAMPIR NI!!
takda nilai langsung utk di komen. THIS LADY STUPID MURON
Si betina sialan ni mmg mulut kimak! Antara dia dgn Kak Ijat....wooooooo jauh beza betul. Duduk umah jaga laki ndan anak2 ko lah. Menyemak kan dunia jer! Aku duduk kat Ampang dan aku sumpah barua2 yg undi si sial ni dulu.
Kalau kail panjang sejengkal,lautan dalam jangan diduga!!!!PKR sedang menuju zaman lingkup kerana ada manusia sebegini.Cakap saja yg lebih ,kerja zero!!
Betul apa yang Sharizat cakapkan.
Kenapa Zuraidah tak cakap pasal Anwar Ibrahim. Sedangkan Anwar didapati bersalah oleh mahkamah. Kenap tak suruh Azizah letak jawatan.
Berkenaan NFC, ianya sudah dijawab oleh suami Sharizat. Jadi nak apa lagi. patutnya kita sokong bila ada Umat Nabi Muhammad SAW cuba pecahkan monopoli bukan Islam dalam hal daging lembu ni.
apa ni zuraidah...apa bukti menunjukkan shahrizat tau suaminya dianugerahkan dgn projek tu? Takkan suami dia nak duduk rumah mkn hasil bini? lagi satu kementerian shahrizat adalah berkaitan wanita bukan pertanian dan anugerah projek tu dtg dari panel kementerian pertanian..takde kene mengena pun. Zuraidah bila pulak nak suruh azizah letak jawatan sebab membela org yg disyaki melakukan salahlaku? Jawab la yg tu dulu..gaji jadi MP permatang pauh pon rakyat juga bayar...
"KALAU JD MENTERI AHLI KELUARGA TAK BOLEH BID PROJEK KERAJAAN?"
Ade ke tender terbuka psl projek nih?
Post a Comment