By admin On 08:00 | Categorized As , , | With 2 comments

BANGI – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, siasatan akan dibuat berhubung penyebaran gambar di Internet yang mendakwa seorang lelaki Melayu ”berkahwin” dengan lelaki warga asing di luar negara.

"Kita akan siasat kerana kadang-kadang kita pun tidak tahu siapa kerana ada rakyat negara lain pun pakai tengkolok juga.

"Jadi, kita tidak tahu adakah itu penggambaran atau peristiwa sebenarnya. Kita tengoklah dulu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan sebuah laman web menyiarkan gambar perkahwinan sejenis lelaki yang memakai baju Melayu hitam, bersamping serta tanjak warna emas dan bertengkolok, dipercayai berlangsung di sebuah gereja. – BERNAMA

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

2 comments:

Anonymous said...

Ini geng adam adli pelajar UPSI yg turunkan gambar najib di pwtc...mereka terlibat dlm NGO seksuality BEBAS merdeka tajaan ambiga dan anuar.....PKR parti GAY...

PenganutPAS said...

hidup seksualiti merdeka!!! kebebasan hak asasi manusia tu . Itu lah yang diperjuangkan oleh ambiga . kita kena hormatilah kerana ambiga tu adalah Murshidur Am Pakatan Haram