By admin On 14:00 | Categorized As , , | With 0 comments

BUKIT MERTAJAM - Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang mendesak kerajaan DAP negeri bersikap lebih telus dalam proses mendapatkan hasil laporan Jawatankuasa Siasatan Tempat Letak Kereta Bertingkat di Bukit Bendera.

Ketuanya, Ir. Shaik Hussein Mydin berkata, prosedur untuk mendapatkan hasil laporan itu menyusahkan orang ramai kerana perlu menelefon pejabat Ketua Menteri untuk memaklumkan wakil yang akan mengambil laporan itu sebelum ia boleh diserahkan.

Menurutnya, hasil siasatan itu sepatutnya didedahkan kepada umum dan dicetak di dalam akhbar atau risalah keluaran kerajaan negeri seperti Buletin Mutiara.

"Saya nampak seolah-olah ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh kerajaan negeri berkaitan laporan itu sehingga orang ramai sukar untuk mendapatkannya.

"Patutnya ia didedahkan kepada umum atau cetak dalam Buletin Mutiara dan diedarkan kepada orang ramai agar masyarakat tahu apa tindakan yang akan diambil ke atas tempat letak kereta itu," katanya ketika ditemui di pejabatnya semalam.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: