By admin On 12:12 | Categorized As , , , | With 3 comments

PULAU PINANG - Pergerakan Pemuda UMNO tidak menolak kemungkinan parti itu mampu menambah lebih banyak kerusi di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, selain mempertahankan 11 kerusi sedia ada yang telah dimenangi UMNO pada pilihan raya umum lalu, kajian yang dibuat pergerakan itu mendapati terdapat beberapa kerusi lain yang boleh ditawan terutama di kawasan yang wakil rakyatnya gagal menunjukkan prestasi kerja baik.

Jelas beliau, tidak ketinggalan menjadi tumpuan adalah kawasan lain yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum lalu dengan majoriti rendah.

''Ketika ini, kita fokus kepada pengundi muda. Kita sudah buat kajian mengenai kedudukan pengundi muda bukan sahaja di Pulau Pinang malahan negeri lain dan fokus kempen kita dalam tiga hingga enam bulan ini tertumpu kepada kumpulan ini yang memainkan peranan yang sangat penting,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pemuda UMNO Malaysia Kedua di sini hari ini.

Selain strategi kempen pilihan raya, mesyuarat tersebut turut membincangkan tentang program-program yang telah disusun selama dua minggu menjelang Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini.

Menurut Khairy, dalam menjayakan gerak kerja tersebut, pihaknya akan menumpukan usaha mendekati golongan muda yang dibahagikan kepada beberapa kawasan termasuk mengikut lokasi mengundi, bandar dan luar bandar.

"Kita akan dekati mereka mengikut isu tempatan di kawasan itu begitu juga pengundi yang sebelum ini tidak kita dekati dan terlepas pandang.

"Kita akan cuba membetulkan kesilapan yang pernah kita lakukan sebelum ini dalam usaha merampas semula Pulau Pinang," ujarnya.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

3 comments:

Anonymous said...

KJ ni dok berangan je le mcm angan2nya di kelantan dlm pru12 dgn slogan "18 th pade dah ".....BN lingkup di Kelantan dan akan terus lingkup teruk di Penang.

Anonymous said...

2.mangkok kj dan kuncu2 dia ni cakap nak sedapkan hati pemimpin2 atasan umno. dengan harapan dapat memenangi hati mereka dan hati rakyat yang menyokong umno. tapi masa era ds najib ni ramai yang kata kj ni macam peribahasa melayu lama " bagaikan sampah di tepi tong sampah bagus hanya untuk dikitar semula sebagai baja".

Anonymous said...

Pakaian pintar, kelihatan pintar, berjalan pintar tetapi ... Berbalik semula kepada bekas wira di tingkat 4 ini, dia berpakaian seperti orang pintar, kelihatan bijak, berjalan pun macam orang pintar tetapi serupa dungu apabila dia membuka mulutnya. azli shukri today