By admin On 00:09 | Categorized As , , , | With 1 comments

JAKARTA : Malaysia dan Indonesia terikat 1-1 selepas tamat 90 minit perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Indonesia mendahului 1-0 menerusi tandukan Gunawan pada minit kelima manakala Malaysia menyamakan kedudukan 1:1 menerusi tandukan Asrarudin Putra pada minit ke-35. Permainan masa tambahan berlangsung tanpa jaringan.

Kemenangan ditentukan oleh penentuan sepakan penalti dan Malaysia menang 5-4 menerusi jaringan Mahali Jasuli, Fandi Osman, Fadzli Sas dan Badrol Bakhtiar.

Suatu perjuangan yang begitu berbaloi. Malam ini pasukan bolasepak kita akan pulang ke tanahair menggunakan kapal terbang charter khas, untuk memberikan mereka peluang berehat selama dua hari sebelum meneruskan cabaran kelayakan Olimpik London menentang Syria pada hari Khamis nanti.


Pada petang sebelum perlawanan bermula, pemain skuad bawah 23 tahun negara terpaksa menempuh detik mencemaskan apabila bas yang mereka naiki diserang oleh penyokong Indonesia ketika cuba memasuki perkarangan Stadium Gelora Bung Karno.

Biarpun polis turut mengiringi bas skuad Malaysia itu namun mereka gagal mengawal tindakan ganas ribuan penyokong Indonesia yang menanti di pintu masuk stadium itu sebelum perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea berlangsung.

Turut mengalami nasib yang sama, sebuah lagi bas yang memuatkan penyokong Malaysia dan wakil media yang berada di belakang.

Difahamkan skuad negara membuat keputusan untuk tidak menaiki Barracuda ke stadium kerana pihak penganjur memberi jaminan keselamatan namun sebaliknya yang berlaku.

Dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang waktu tempatan itu, ribuan penyokong Indonesia berbaju merah mengetuk bas skuad negara dengan menggunakan kayu sambil ada di antara mereka mengejek dan menunjukkan isyarat lucah.

Setelah hampir sejam terkandas barulah bas pasukan Ma laysia dan penyokong berjaya memasuki stadium dengan selamat.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

Anonymous said...

kemenangan yg bermaruah sebab berjuang hingga kesaat penalti...ucapan tahniah dari kami sekeluarga pada wira harimau muda...

pejuang hamas...