By admin On 17:00 | Categorized As , , | With 2 comments

GOMBAK: “Kami diusir seperti pendatang sedangkan tanah ini hak kami lebih 40 tahun lalu,” kata penduduk, Zakaria Abu Bakar yang dipaksa berpindah dari rumahnya di Bukit 10, Kampung Tengah, di sini, sebelum Selasa ini.

Zakaria, 53, bersama 10 keluarga lain yang tinggal di kawasan berkenaan diarahkan berpindah oleh sebuah syarikat pemaju perumahan kerana dikatakan menceroboh tanah itu.

Katanya, penduduk diberi notis perpindahan yang berkuat kuasa serta-merta minggu lalu dan diberitahu kawasan rumah mereka akan dirobohkan.

“Saya terkejut apabila diberitahu kami perlu berpindah dari kawasan ini secepat mungkin kerana tanah yang didiami dibeli pemaju melalui lelongan bank.

“Kami diberi tempoh hingga Selasa ini untuk berbuat demikian tanpa perbincangan dan rayuan, malah mereka turut meminta setiap keluarga membayar denda RM600 atas alasan menceroboh tanah mereka,” katanya.

Bagi Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Abd Halim Idris, 10 keluarga yang diusir keluar itu penduduk asal Kampung Tengah sebelum mereka dipindahkan.

“Pada 1983, semua penduduk dipindahkan di tanah ini berikutan kawasan penempatan mereka perlu dijadikan jalan utama ke taman perumahan yang baru siap dibina.

“Ekoran itu, pemaju perumahan terbabit menyediakan tanah dan wang pampasan kepada kami sebagai ganti rugi,” katanya.

Bagaimanapun, Abd Halim berkata, pihaknya tidak menyangka pemaju pertama yang membeli tanah mereka itu mencagarkan geran tanah kepada bank sewenang-wenangnya tanpa pengetahuan pemilik.

“Kami bukan menentang pembangunan, tetapi sekiranya kawasan ini terbabit projek itu, pemaju seharusnya bersemuka dan berbincang terlebih dulu.

“Semua penduduk bukan penceroboh atau penduduk setinggan sebaliknya pemilik asal yang diwarisi sejak turun-temurun, jadi mengapa perlu tanah kami dirampas, malah cagaran yang dibuat bukan atas persetujuan,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, Datuk Said Anuar Said Ahmad, berkata pihaknya tidak akan membenarkan pemaju meroboh rumah penduduk terbabit selagi tiada perbincangan kedua-dua pihak.

Beliau berkata, penduduk hanya mahukan penjelasan pihak pemaju yang sengaja mengambil kesempatan dan enggan bertanggungjawab apabila dihubungi.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

2 comments:

AKU ANTI-PR said...

WAHAI PENDUDUK2 MELAYU SELANGOR!

LIHATLAH DAN SEDARLAH YG PARTI HARAMJADAH PKR AKAN MELAKUKAN APA SAJA KPD ORG MELAYU ATAS ARAHAN CINA KOMINIS DAP.

JANGANLAH DIULANGI LAGI KESILAPAN YG DIBUAT DLM PRU12 YG LALU, KERANA KALAU IANYA BERLAKU LAGI, ORG MELAYU AKHIRNYA AKAN BERUMAH ATAS POKOK DLM HUTAN SPTMANA YG DIUCAPKAN DAP KOMINIS SEMASA PERISTIWA BERDARAH 13 MEI 1969, MELALUI BAPAK KOMINIS DAP, LIM KIT SIANG.

Nok said...

Buat kata DAP olang melayu mana ada celedek?lama punya bodoh tatak habis lagi...balu punya bodoh ada mali.....itu 13 Mei kita olang lah kasi mula....melayu boloh....pemimpin cakap muhibah3...tapi kita olang tatak helan punya...sikalang PAS kita punya kawan baik...he he he melayu boloh sombong ohhhh...PKR kita tatak helan ohhh, minang PRU13, kita kasi buka itu anuar punya tembelang ohhh melayu boloh ohhh....