ALOR SETAR ― Kerajaan Kedah akan menunggu Kelantan melaksanakan undang-undang hudud terlebih dahulu sebelum melaksanakannya, demikian Dewan Undangan Negeri Kedah diberitahu hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi Negeri Datuk Mohamed Taulan Rasul berkata mereka mahu melihat kejayaan pelaksanaan undang-undang itu di Kelantan kerana ia telah diluluskan di negeri itu.
“Kelantan dah luluskan Enakmen Jenayah Syariah dan menunggu kebenaran kerajaan pusat. Kerajaan pusat masih belum memberi kebenaran,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih atas titah ucapan Sultan Kedah ketika merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah dan Rang Undang-Undang Peruntukan 2012 oleh Kerajaan Negeri di sini hari ini.
Beliau berkata undang-undang Islam adalah satu kewajipan terhadap umatnya dan perkara itu tidak sepatutnya dipermainkan oleh mana-mana pihak.
“Apa yang berlaku di Kelantan adalah masalah pelaksanaan. Kalau Kelantan boleh melaksanakannya, ia boleh berjalan dengan baik,” katanya dipetik Bernama Online.





1 comment:
Tunggu dulu org lain buat.... Itu semua cuma alasan sebab tak nak buat..
Dah lulus buat jea lah apasal nak tunggu lagi.. Macam2 alasan semangnya depa tak nak buat..,
Tak caya hang tunggu lah leoas apa alasan lak..
Pas penuh dengan alasan dan penipuan..
Semuanya bertopengkan agama.. Memang pas adalah sahabat syaitan...
Post a Comment