By admin On 22:30 | Categorized As , , | With 3 comments

PEMBUKAAN Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di beberapa lokasi perumahan dan kawasan komersial sekitar ibu negara mula memberi tekanan kepada pengusaha pasar raya besar dan peruncit yang mula menurunkan harga barang keperluan pengguna.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Rohani Abdul Karim, berkata perkara itu semakin jelas apabila pihak pembangkang cuba menimbulkan isu perbezaan harga antara barang KR1M dengan produk pasar raya besar.

“Kementerian berterima kasih kepada tiga ahli Yang Berhormat (YB) terutama Kuala Selangor (Dr Dzulkefly Ahmad), Lembah Pantai (Nurul Izzah Anwar) dan Petaling Jaya Utara (Tony Pua Kiam Wee) kerana menjadi pemerhati harga bagi pihak KPDNKK.

“Ini kerjasama baik antara KPDNKK, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat...bagus, bermakna apa yang kami buat, YB tak bantah dan bagi pula maklumat kepada kami.

“Ini satu sinergi yang sangat positif,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, semalam.

Menurut Rohani, tidak wujud isu barang mahal kerana produk dijual di KR1M lebih murah.

“Ini yang berlaku sekarang. Penjualan barang pada harga lebih murah di KR1M memberi tekanan kepada pasar raya besar dan peruncit. “Bila tertekan, mereka berlumba-lumba untuk turunkan harga dan baik untuk pengguna,” katanya.

Menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) berhubung isu diskaun, beliau berkata penjualan barangan di KR1M tidak tertakluk kepada potongan harga, sebaliknya ditetapkan lebih rendah daripada harga pasaran iaitu 10 hingga 40 peratus.

“Kami hargai maklumat disalurkan pihak pembangkang dan akan sampaikan kepada pengusaha KR1M kerana kami mahu KR1M memberikan perkhidmatan terbaik,” katanya.

Kelmarin, Nurul Izzah, Tony Pua dan Dr Dzulkifli mengadakan sidang media khas mendakwa KR1M tidak menawarkan harga murah seperti yang dikatakan sebelum ini.

Ahli Pakatan Rakyat itu bagaimanapun membawa beberapa produk pasar raya besar untuk dibandingkan dengan barangan KR1M.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

3 comments:

Anonymous said...

Sakit hati Nurul Izzah! Dia lebih suka main politik budak-budak!Bersekongkol pula dengan orang yang memang sah tak akan tolong bangsa Melayu, memang tidak bijak!

Anonymous said...

kedai rakyak pon kedai rakyat juga, tapi jangan sampai monopoli lak arr, kasi lar lain olang juak buka kedai satu mesia..

kerajaan mesti bantu jangan tak bantu anak muda yang blom ada kerjaya membina perniagaan kedai satu mesia diseluruh mesia.

Mr.X)))) jangan sampai nanti ada bangla dan pendatang plak buka kedai satu mesia.

Anonymous said...

model pompuan ni layak pegang paper nan yang siang paw jer...

pi la jaga kebajikan kaum yg simpan kulup...

pejuang hamas...