By admin On 08:00 | Categorized As , , | With 0 comments

KUALA LUMPUR - Kerajaan didesak bertindak segera menghalang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada terus menaburkan fitnah terhadap pemerintah dan pasukan keselamatan negara ini.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, sekiranya kerajaan terus berlengah pastinya fitnah tersebut akan berleluasa dan memusnahkan kesejahteraan Malaysia.

"Anwar sudah berkali-kali cuba memecah-belahkan rakyat terutama dalam kalangan orang Melayu, menjadikan beliau ancaman kepada negara dan rakyat.

"Justeru, pihak berkuasa terutama Kementerian Dalam Negeri perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar kerana sengaja cetuskan keresahan rakyat dan ketegangan dalam masyarakat," katanya pada Majlis Anugerah cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Anwar kelmarin mendakwa UMNO berniat jahat mengaibkan Ketua Pembangkang itu dan keluarga berhubung skandal video seks pada 22 Mac lalu.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: