By admin On 13:00 | Categorized As , , | With 1 comments

PEKAN – Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman berkata sebarang kegiatan songsang yang bertentangan dengan agama Islam terutama membabitkan hubungan sejenis boleh menjurus seseorang muslim itu kepada murtad.

Beliau berkata hubungan sejenis atau songsang amat ditegah dalam Islam kerana ia membawa kepada pupusnya manusia sejagat.

“Kegiatan bertentangan dengan agama membawa seseorang itu kepada murtad,” katanya kepada pemberita di sini mengulas penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 yang dikecam dan mendapat bantahan meluas pelbagai pihak termasuk wakil-wakil agama di dalam negara.

Dipetik Bernama Online, beliau menasihatkan umat Islam menghindari perilaku songsang.

Malah, katanya menyokong program sedemikian pun dilarang sama sekali.

“Hubungan sejenis tidak dibenarkan Islam dan di Pahang ini tidak mahu adanya kumpulan lelaki yang menolak perempuan dan sebaliknya,” tambah beliau.

Abdul Rahman menasihatkan semua pihak termasuk ibu bapa menjaga anak-anak daripada terlibat dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan akidah.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

Anonymous said...

OK bagus mufti, cumanya bila Kartika jelas ngaku minum arak, Sultan Pahang boleh ampunkan pulak... Masa tu Mufti duduk Genting kot??