By admin On 15:00 | Categorized As , , | With 6 comments

PALEMBANG - Kuartet 4x400m yang melakukan kejutan meraih emas kelmarin dilayan seperti orang pelarian apabila segera dihantar pulang semalam tanpa sempat menerima pingat yang dimenangi mereka.

Gandingan S. Kannathasan, P. Yuvaraaj, Schezuan Ahmad Rosely dan Mohd. Yunus Lasaleh sepatutnya perlu menghadiri majlis penyampaian hadiah semalam selepas ditangguhkan kelmarin.

Malangnya, perancangan kelam-kabut yang dibuat Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) menyaksikan detik manis yang sepatutnya dinikmati mereka selepas penyertaan mereka dianiaya, tidak kesampaian.

Penerbangan mereka telah ditentukan lebih awal gara-gara KOAM menjangkakan gandingan ini tiada harapan pingat untuk dimenangi.

Antara yang lantang membidas tindak tanduk dan kelemahan KOAM itu ialah atlet olahraga negara, Noraseela Khalid yang menegaskan, rombakan segera perlu dibuat supaya lebih ramai lagi atlet tidak menjadi mangsa.

"Mereka datang lewat tetapi pulang awal kerana KOAM tidak percaya mereka boleh menang pingat. Inikah persatuan yang memperjuangkan nasib atlet?

"Sepatutnya mereka diberi peluang menerima hadiah dulu, barulah pulang. Ini tidak, dah jadi macam orang pelarian pulak. Di Malaysia ramai lagi telah menjadi mangsa seperti kuartet 4x400m ini.

"Jadi, bantulah kami melakukan perubahan dalam KOAM sekiranya kita tidak mahu melihat atlet terus menjadi mangsa. Harap presiden KOAM juga dapat membantu," katanya.

Kuartet 4x400m lelaki negara pulang pada pukul 2.50 petang semalam selepas 17 jam memenangi pingat emas dengan menewaskan Thailand di tempat kedua dan Indonesia ketiga.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

6 comments:

Anonymous said...

Para akhir tercatat - Kuartet 4x400m lelaki negara pulang pada pukul 2.50 petang semalam selepas 17 jam memenangi pingat emas dengan menewaskan Thailand di tempat kedua dan Indonesia ketiga.

Saya tanya kenapa penyampaian pingat harus ditangguh melebihi 17 jam ?
Tak ke biasanya penyampaian pingat tu dalam masa 2 jam dari acara itu tamat ?

Kenapa penulis tak melihat pepincangan penganjur di Indonesia ?
Kenapa penulis hanya melihat pepincangan KOAM (baca Malaysia) ?

Kenapa ek ?

Nani Cheras

MMI said...

Sesuatu perlu d lakukan

aloya said...

celaka punya KOAM, memalukan..letak jawatan la sang presiden!!!!

Anonymous said...

jadah apa tiket ditempah awal dan diconfirmkan waktu flight ? kalau ia pun mereka tak disandarkan pingat , kenapa tak tempah tiket selepas tamat acara ?

tempah tiket awal hanya mematahkan semanggat atlit , urusan apa mustahak di Malaysia sehingga atlit seolah dipaksa balik awal?

apakah KOAM ni maksum sanggat sehingga tak boleh ditegur , ini bukan kes pertama berlaku dalam kontinjen negara , sebelum inipun dah banyak kali berlaku cuma dalam acara yg berbeza,KOAM kena cermin diri juga jangan hanya menafikan dan menafikan , harus diingat gaji kakitanagan KOAM dibayar dengan duit negara , bukan duit mak bapak sendiri ...

Anonymous said...

saat paling manis dan indah pada seorang atlit ialah apabila dikalungkan pingat kemenangan , setelah sekian lama mereka berlatih ..berkorban masa dan tenaga , itulah kemuncak pengorbanan mereka , akan jadi kenangan sampai mati.

tapi kalau dah disuruh balik awal sedangkan KOAM tahu mereka menang , apalah gunanya ? tak bolehkah KOAM bersabar barang sehari ?

patutnya KOAM kena hargai pengorbanan atlit negara , yg berlari adalah atlit , yg memerah kudrat adalah atlit , yg berlari sehingga terjelir lidah adalah atlit , bukan kakitangan KOAM !

sejak dulu , perangai KOAM tak pernah berubah , sombong dan ego , kuku besi dan pantang disentuh , sesuatu harus dilakukan pada KOAM , KOAM bukan institusi yg istimewa sehingga tak boleh disentuh .

Anonymous said...

.walau pun ini hanya acara sukan, kita perlu faham dan tahu dengan sebenar-benarnya suasana dan sentimen di Indonesia... pengalaman kami semasa mendirikan kilang di sana mendapati terdapat 10% penduduk dari kaum tertentu menguasai hampir 90% ekonomi negara indonesia.. kuasa wang ini sedikit sebanyak menentukan gerak geri dan emosi rakyat dan penganjur. Di sana tiada kawalan, harga barang dan polisi di tentukan mengikut nafsu pemegang kuasa ekonomi..

.. dengan hadirnya pelabur malaysia yang kebanyakkan nya sekaum dengan penduduk majoriti di sana, pelbagai rintangan dibuat bagi menghalang hasil bumi dari di agih kepada penduduk majoriti.. dan hadirnya ramai penduduk majoriti indonesia di Malaysia mencari rezeki, sedikit sebanyak, banyak membuka mata kepada ruang dan peluang apabila mereka kembali ke Indonesia, dan ini juga membantu membantutkan ketamakkan tersebut...

..oleh itu atas sebab dengki dan tamak kaum ini.. maka kalau tak dapat tanduk.. dapat pulas telinga pun jadi la.. nak buat macam mana... dapat pulas telinga dalam acara sukan pun jadi laaa.. janji dengki terungkai... lagi merimaskan ialah apabila pasukan bola Malaysia berjaya mengalahkan Thailand 2-1, .. sesuatu yang sungguh menakutkan... dalam keadaan seperti ini, .. mula laa... berperasaan.. ini tempat kami...suka hati kami laa..kerana kami sekarang sangat dengki dengan kamu...

17 jam adalah satu masa yang sangat lama untuk menyerahkan pingat ...