By admin On 15:30 | Categorized As , , | With 0 comments

KUALA LUMPUR ― Pengagihan daging korban perlu dilakukan oleh orang Islam kerana ia merupakan ibadah keagamaan dan demi memastikan ia tidak menimbulkan sensitiviti di kalangan umat Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata walaupun pengagihan daging korban itu boleh dilakukan oleh golongan bukan Islam tapi perkara berkenaan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan umat Islam.

“Pengagihan daging korban tidak salah dalam konteks hukum Islam tetapi persoalannya sekarang di manakah pemimpin-pemipin masyarakat dan anggota politik yang beragama Islam dalam melaksanakan ibadah korban tersebut?” katanya dipetik Bernama Online.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Khatam Al-Quran Perdana 2011 Tadika Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Masjid Khalid Al-Walid, Jalan Padang Tembak di sini Khamis.

Jamil Khir berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar hari ini yang mengatakan bahawa beberapa blog mempertikai tindakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengagihkan sendiri daging korban kepada masyarakat Islam baru-baru ini.

Akhbar berkenaan memetik blog http://novandri.blogspot.com dan http://klxpress.blogspot.com yang memaparkan gambar Kok mengagihkan daging korban tersebut bagaimanapun blog itu tidak menjelaskan bila dan di mana gambar anggota Parlimen itu dirakamkan.

Jamil Khir berkata beliau tidak mengetahui sejauh manakah kebenaran blog yang memaparkan cerita tersebut.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: