By admin On 15:00 | Categorized As , , | With 0 comments
Siow Yi Ting berkongsi kegembiraan bersama ibunya..

PALEMBANG - Skuad renang melengkapkan sasaran empat emas apabila Siow Yi Ting mempertahankan gelaran 200 meter kuak dada wanita semalam, namun ada insiden menyedihkan berlaku di Pusat Akuatik Jakabaring perenang negara itu diejek dan dicemuh penonton ketika hendak menerima pingat.

Yi Ting berjaya mempertahankan emas yang dimenanginya dua tahun lalu di Laos selepas mencatat masa dua minit 33.67 saat, mengetepikan perenang Thailand, Chavunnooch Salub (2:35.53s). Gangsa milik Samantha Louisa (2:37.12s).

"Saya gembira dapat mempertahankan emas walaupun tidak berjaya mencatat rekod kebangsaan 2:30.35s yang dilakukan di Sukan SEA Laos dua tahun lalu," katanya selepas menamatkan saingan, semalam.

Jelasnya, dia tetap gembira dapat mempertahankan emas dan paling menarik dapat membantu skuad renang untuk mencapai sasaran empat emas di Sukan SEA XXVI.

"Saya sudah lama tidak berenang kerana menumpukan perhatian kepada pelajaran dan kembali berlatih bulan lepas. Bagaimanapun saya agak kecewa dengan catatan saya tetapi masih mempunyai masa untuk memperbaikinya

Dalam pada itu, kuartet 4x200mr gaya bebas lelaki sekadar meraih pingat perak di belakang Singapura.

Kuartet yang dibarisi Tern Jian Han, Ian James Barr, Kevin Yeap dan Foo Jian Beng sekadar mencatat masa 7:35.99s berbanding Singapura 7:31.98s.

Kuartet Filipina hanya meraih gangsa. Hari ini merupakan saingan terakhir skuad renang yang akan menyaksikan perenang negara akan turun dalam lima lagi acara akhir.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: