By admin On 17:00 | Categorized As , , | With 23 comments

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, beliau sedia mendedahkan tembelang sebenar sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mentadbir negara.

Menurutnya, pendedahan tentang Najib yang menguasai perlimen Pekan sejak Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia itu akan dibuat dalam satu ceramahnya bersama Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu pada 15 Mac ini di Pekan, Pahang.

Mohd Ariff berkata demikian ketika ditemui dalam sesi Cakap-cakap Bersama Harakah di Pejabat Editorial Harakah dekat sini baru-baru ini.

Mohd Ariff yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan berkata, beliau sangat mengenali Najib dan peribadi Perdana Menteri itu dalam berpolitik serta pentadbiran.

Ini kerana beliau pernah menjadi orang penting Umno selaku Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan dalam mengembalikan sokongan ke atas Najib selepas hampir tewas pada Pilihan Raya Umum ke-10 (tahun 1999).

Mohd Ariff yang terkenal dengan blog Sakmongkol berkata, Najib bukanlah seorang yang tegas dalam kepimpinannya, sebaliknya hanya menggunakan taktik 'membayar' untuk mendapatkan sokongan.

Beliau yang sangat Ariff dengan sikap politik Najib berkata, Perdana Menteri itu hanya mahu dengar yang 'indah-indah sahaja'.

Ia termasuklah apa yang berlaku di Pekan semasa hampir tewas di tangan PAS pada pilihan raya umum ke-10 tahun 1999, katanya.

"Saya ada sebutkan dalam blog saya, penerima subsidi terbesar di Malaysia ini ialah Najib, kerana beliau dapat Parlimen Pekan kerana subsidi daripada kawasan Allahrayham Tun Razak, jadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) sebab baba saudaranya Perdana Menteri, dia jadi Naib ketau Pemida Umno sebab dia ikut Dato' Seri Anwar Ibrahim,

"Dia (Najib) tidak pernah berlawan, gaya dan kepimpinan itu dia tidak ada, dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sendiri mengakui bahawa keburukan Najib ini tidak tahu mentadboir negara ini dan hilang punca,

"Najib ini tiada wawasan, dia ini mentadbir dan urus negara macam urus Umno Bahagian Pekan, dia baik dengan sana-sini bukannya untuk menyatukan, dia ini juga tidak berani, dia ini macam lalang," ujarnya lagi.

Beliau juga memaklumkan, sewaktu bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menetang Tun Dr Mahathir, Najib menyokong Ku Li pada walnya.

Namun, pada saat-saat akhir mengalih sokongan kepada Mahathir kerana Mahathir mempunyai rahsia besar mengenai Najib.

"Najib ini kebersihan ini tiada sangat, saya tahu sebab saya sangat kenal dia, keduanya dia ini tidak boleh buat keputusan yang tegas, dia boleh berubah atas tekanan.Dia ini ingin semua sokong dia, dan dia akan mendapatkan kesetiaan semua orang dengan dia bayar orang sana-sini," katanya lagi.

Satu cara Najib menyelesaikan masalah hanya dengan membayar dan menyogok pihak yang dikehendaki, katanya.

Disebabkan itulah, Najib terbawa-bawa kaedah itu dalam dasar Belanjawan yang dibentangkannya sebelum ini, ujarnya.

Dalam belanjawan, rakyat dapat melihat Najib memberikan bantuan 'one off' sejumlah RM500 dan RM100, yang kesemuanya hanya untuk mendapatkan sokongan bersifat sementara, katanya.

"Ini bukan duit Umno atau dia (Najib), tetapi ini duit kerajaan, yang dia mahu lihat bahawa dia ini nampak pemurah," katanya.

Beliau yakin, zaman 'bayar dan sokong' yang diamalkan Najib ini sudah berlalu kerana rakyat kini semakin sedar akan masa depan mereka.

"Umno berada dalam kepayahan, saya tidak merasa yakin jika rakyat mendapat sokongan rakyat dengan bayaran ini.

"Najib ini dia rasuah semua orang, dia pergi ke Haji pun tuhan dia nak rasuah. Bayar Dam ini hanya dalam kes tertentu sahaja seperti Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya kata, " katanya sinis.

Bercakap mengenai peribadi Najib, Mohd Ariff berkata, Najib hanya menjadi 'Melayu' pada tahun 1976 selepas pulang daripada luar negara setelah ketiadaan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein (bekas Perdana Menteri yang juga ayahnya).


"Selepas Ayahnya meninggal, barulah dia berjinak dengan Melayu, masa dia balik pelat (loghat) dia itu masih pelat Inggeris, perangainya yang saya tahulah," katanya sinis.

Mohd Ariff juga memaklumkan, Najib sangat tidak rapat dengan keluarganya di Pekan, malah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga sangat tidak disukai masyarakat di Pekan.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

23 comments:

rahman said...

pandai bercakap bila dah keluar parti!!! dulu dalam parti kenapa tak BIDAS???...SAYANGKAN PERIUK NASIK KOT!!..sekarang dah ada tua baru DAPig.. lagi laaa kenyang gila boroi melantak jadi BARUA

hisham said...

Tak menghairankan....inilah dia dasar pemikiran dan sifat orang melayu sejak zaman kerajaan melayu melaka.
Masa suka lubang bontot pun sanggup jilat...bila tak suka atau gagal mendapat sesuatu maka segala kudis,kurap,pekong dan rahsia ditelanjangkan.
Sebab itu orang melayu terkenal dengan sifat busuk hati,dengki dan rasa megah bila dapat menjatuhkan sesaorang.
Menang sorak kampong tergadai,memang sesuai untuk bangsa melayu.
Sama saja didalam umno atau pun pas termasuk pkr...cina pukul gendang melayu mula menari...
Dalam pas,umno dan pkr...islam hanya pada kad pengenalan...sikap dan perangai sudah menyimpang jauh dari ajaran islam..semua kerana gila kuasa dan harta.
Akhirnya melayu jadi pecacai dan hamba ditanah air sendiri,bangsa asing kaya raya dan menguasai segalanya.
Bangsa melayu telan menjadi BANGSAT MELAYU kerana perangai burok sendiri.

orangkampung said...

Tapi aku lihat pentadbiran DS najib aku lihat terbaik berbanding Punaisihat Ekonomi Selangor!!!!

Anonymous said...

ni la yg orang panggey anjing gigit tuan!

dh tak dapat apa yy dia nak (mcm kader sheikh fadir jugak) mulalah nak baham tuan balik! dah tua sgt dah tp lupa dunia ni sementara sakmongkol oi! cuba baca apa kata ex-wife dia di sini:http://mamasita-mamamia.blogspot.com/

ALI said...

ISh Ish.... politik...politik.... nak jadi barua Limmmm Buang INGGG lah pulak... si mamat ni....

Anonymous said...

orangkampung apapun pendirian kamu saya hormati apalagi jika suara terbanyak, itu amalan demokrasi,tapi tlg terjah laman sesawang tgk c4,altantuya,sukhoi,scorpene,cincin24jta,lynas,tangkap basah di Port DICKSON,ktm tjung pagar.saya pun orangkampung tapi sudah 30 thn di Bandar dan punya ramai kawan di segenab jbtan kerajaan.utk mengatakan pemimpin yg ada skrang nie terbaik biarlah sya nyatakan disini bahawa pandangan orangkapung salah.klu xcaya pru 13 nanti kita tukar diaorang dan kita lihat berlumba-lumba diaorang msuk jail atas pelbagai penyelewengan

Anonymous said...

chewah-chewah sedapnya kutuk DSN, Datuk jangan ckp lagu tu....Duit Bok dah bayar belum? Ore kelante kata kecek tu molek2 sikit...basa menate ore tak kenang budi....

Anonymous said...

Hipokrit terbesar pernah aku lihat selepas Nuar Beraim

Anonymous said...

enkorg yg sokong najib/ubn tak bole nmpak ke skandal2 besarnya,kes tantuya/scorpene,bininya belasah duit rakyat juta2,join dgn apco/yahudi ,byk2 lagi...wa herannn lu taknmpak,,buta..kalu nk maju kena tukar2 pemimpin politik,br le pemimpin jg rakyat..wa tak paham lu org bodoh sgt2..sori lor..

Anonymous said...

ni la jenis melayu yang layak di panggil ANJING berpuluh tahun bela anak bini dengan duit UMNO bila dah tak dapat mula la jilat bontot cina komunis DAP dan mula la cakap besaq kononnya dia yang betui .... orang macam kalo jumpa elok ..... telanjang bagi semua kerangga gigit tak pun bagi tikus makan wohahah

cinta4malaysia said...

hahaha....
lawak betul mamat ni....

aku pernah sampai DUN Pulau Manis ni...
masyarakat dalam DUN tu memang tak suka dengan dia...
masa jadi ADUN Pulau Manis memang teruk

Anonymous said...

hahaha....
dasar org kecewa sebab dah x der apa2 jawatan, mcmtu laaa. apa yg aku tengok, Najib terbaik dan ada karisma sendiri. apa pun semua pemimpin BN ada cara dan gaya terbaik yg tersendiri. PR, cuba kencing dlm tempurung dan suluh muka sendiri, jgn asyik ngater org.

Zul said...

Najib beri bantuan rakyat kepada yang hak.

Anonymous said...

haha..kau pun sama Datuk Ariff..dulu kau pon kaki jilat jugak...skrg jilat cina.

Anonymous said...

kalau niat nak betulkan benda yang tak baik sebab dah insaf atau dah bertaubat nasuhah, baguslah. teruskan perjuangan. jangan sampai mati pun masih nak berimankan umeno.

Anonymous said...

Orang macam tu hanya layak berkawan dengan al-juburi, Badrulamin dan Dap, sikapnya tak jujur, tak ikhlas dalam tugas dan pelagai hal kerana hajatnya tak kesampaian punca tabur fitnah. Orang Pekan lebih tahu siapa sebenar Mohd Arif.

Anonymous said...

Anonymous
1 March 2012 23:15;

Belum belajar rukun iman lagi ke?

Anonymous said...

Datuk Mohd Arif dan Mat Sabu 15 Mac kat Pekan, ye. Ermm... Guang Eng ngan Bang Nuar tak mai sekali ke..?
Bukan apa, nak budget .... Kalau ramai yang datang nanti kena la peram lebih sikit TELOR BUSOK ni....

Anonymous said...

Hahaha..dah lapuk baru nak kongsi..perihal sendiri xnak kongsi ke..sampai hari ni duduk kt Malaysia bermakna tiap2 hari bawah najib...kami bersyukur ade pm najib!!! Semua bagussss.

Anonymous said...

Andalah yang paling layak jadi PM, sebab anda lebih bijak dari Najib...Ada yang tak kena tu...

Anonymous said...

melayu tak sedar diri
melayu jual bangsa
melayu boleh di kotak katek
ini lah melayu yang batut di benam
tak dapat apa dia hendak dia hentam orang melayu pemimpin melayu.
sedar lah kamu melayu yang bernama ariff,..
anak bini kamu makan pun hasil duit kerajaan memerintah
apa tak buka sejarah cina datang malaysia atau yang datang dari india tu kalau berlagak pakar sejarah..

Anonymous said...

emm..kalau ada sapa2 tau keburukan mamat ni sila dedahkan di alam maya..nak tengok jugak ape dia nak buat..macam le dia baik sangat...huhu..apapun Najib is better than Anuwar-Lim Guan Eng-Nik Najis..

Anak Gayong said...

amekaw .... kahkahkah,, bodo punya anjing DAPigs....