By admin On 11:00 | Categorized As , , | With 1 comments

MCA membidas DAP kerana cuba mencetuskan gangguan semasa majlis pecah tanah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sg Long oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Khamis lalu.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong berkata sementara Perdana Menteri jujur untuk melakukan kebajikan kepada masyarakat Cina, masih terdapat sesetengah pihak yang enggan menerima langkah tersebut dan memilih untuk menimbulkan tindakan tidak wajar bagi menyekat acara tersebut daripada berjalan lancar.

"Tindakan oleh Ahli Majlis Perbandaran yang lama dan sekarang dari DAP itu telah menjejaskan imej pembangkang sebagai pakatan yang memerintah Selangor.

Perlu juga dijelaskan bahawa DAP tidak pernah menunaikan janji mereka berhubung pendidikan masyarakat Cina.

"Apabila tidak dapat menindakkan hakikat bahawa BN telah menunaikan janji mereka berhubung pendidikan masyarakat Cina, DAP menjadi tidak senang dan menganggap sumbangan BN sebagai ancaman. Ini merupakan salah satu sebab mereka cuba mengganggu majlis tersebut," katanya dalam satu kenyataan media.

Pada majlis itu Perdana Menteri mengumumkan peruntukan 2.9 hekar tanah bagi membina sebuah SJKC di Sungai Long.

Wee yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata tindakan DAP tersebut hanya mahu mencari publisiti dengan memainkan isu.

Pada kejadian dua hari lalu, ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), Lee Kee Hiong dan beberapa pemimpin DAP tempatan mendakwa mereka telah dikasari di luar SRJK (C) Bandar Sungai Long, Selangor, beberapa minit sebelum ketibaan Najib untuk majlis pecah tanah sekolah tersebut.

Menurut saksi ditempat kejadian , rombongan kira-kira 20 ahli dan bekas ahli majlis perbandaran itu serta penduduk, datang dengan memakai baju hijau dan mula melakukan provokasi, tetapi mereka berjaya ditenteramkan oleh pihak berkuasa dan orang ramai Beberapa banner yang digantung di sekitar Sungai Long untuk menyambut ketibaan Perdana Menteri turut dirosakkan.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

hitch said...

kalo aku PM...mmg aku xkan tlg kaum2 cina ni...depa ni dah naik minyak.....skrg makin kurg ajar...dah pandai meminta2....!Tlg nasihat sikit kat PM najib...udah2la tu nak manjakan cina....walau dibagi 10 billion pun utk kaum cina depa tetap sokong DApigs.....sbbb depa nak kuasa bukan nak duit....