By admin On 21:58 | Categorized As , , | With 15 comments
“Hanya setelah didesak menerusi kritikan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat berserta wakil-wakil pekerja CUEPACS barulah tindakan seraya ‘sudah terhantuk baru terngadah’ diambil oleh Perdana Menteri hari ini,” kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Datuk Seri Najib Razak hari ini bahawa SBPA dimansuhkan, manakala Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan.

Menurut Izzah, pembatalan SBPA itu juga menggambarkan kegagalan kerajaan untuk prihatin terhadap jurang pendapatan penjawat awam, dan mempamerkan sikap sambil lewa dan elitis pemerintah.

“Ini berlaku di persekitaran di mana jurang pendapatan antara gaji terendah dan tertinggi pada waktu ini dianggarkan 19.5 kali,” ujarnya.

Sebelum ini, SBPA menerima tentangan hebat, khususnya dari Cuepacs yang tidak bersetuju dengan penyelarasan gaji di bawah skim berkenaan.

Misalnya, pegawai kerajaan berpangkat Turus dan Jusa dikatakan bakal menerima kenaikan gaji sebanyak 500 peratus dan 100 peratus, manakala di peringkat kakitangan pelaksana pula hanya mendapat kenaikan 7 peratus hingga 13 peratus.

Sehubungan itu, Nurul Izzah menuntut prinsip-prinsip yang wajib diterima pakai oleh kerajaan sekiranya SSM diteruskan.

Antaranya, golongan penjawat awam terendah harus menerima gaji sara hidup dengan jumlah sekurang-kurangnya RM1,100 sebulan seperti dicadangkan dalam belanjawan Pakatan Rakyat.

Katanya, ia juga perlu mengambil kira prinsip penilaian prestasi dan piawaian perkhidmatan termasuk usaha mengurangkan pembaziran, ketirisan dan amalan rasuah dengan menggalakkan penggunaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat.

Selain itu katanya, SSM juga perlu disemak secara interim setiap lima tahun, dan semakan utama setiap sepuluh tahun, melibatkan semua pihak berkepentingan di dalam siri perbincangan dan keahlian jawatankuasa kecil dan teknikal semakan skim saraan.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

15 comments:

Anonymous said...

“Hanya setelah didesak menerusi kritikan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat....".

Memang sahih muka tak malu budak Izzah ni,mcm mak bapak dia jugaklah. BR1M cadangan PKR jugak ke?

Anonymous said...

lembu punya susu,kerbau sapi pula minta nama..he..hee!!

Skidrow Cross-Finger said...

Gaji hg besaq boley sembang lah izzah oi.. Xpayah pikir cmne nk bajet salary bulanan utk keperluan seharian dgn bill mcm bagai lg nk bayor.. Cit poodah la wey..

Anonymous said...

inilah beza org yg tengok glass half full or half empty. Pompuan ni jenis half empty. DS Najib berjaya mengelak kesilapan sbpa dari dilaksanakan. Segera dikaji semula dan memberikan yg lebih baik. Tapi malangnya, ada segolongan yg tetap tak puas hati. Bagi kat depa byk mana pun, tak puas juga. Depa lebih percaya janji bulan bintang.

GotYou! said...

Budak ni bercakap bkn guna otak pun...guna lutut! Nakkan glemer atas angin! Like father like mother... apapun tak bleh!

Anonymous said...

Dahlah tak tahu buat kerja.. nak mengomen kerja yang org buat pun tak panadai.. Kesian budak Izzah ni.. Batal SPBA sbb desakan PAKATAN RAKYAT?..rasa nk pecah perut eden ni..

Anonymous said...

orang yg tak pernah buat kerja saja yg tak pernah gagal!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

orang yg tak pernah buat kerja saja yg tak pernah gagal!

Anonymous said...

senang2 je ngaku...muka tak tau malu betul dia nih

Ahmad Shukri Mokhtar said...

memang dia ada cadangkan. Semua dah dicadangkan. Tp cadangan jelah. Tp penah dibunyikan pun. Hanya diberitau pada papanya dan cadangan itu sedang dibahaskan oleh ahli parlimenZIONIS yahudi yg sanggup keluarkan duit kpd PKR. Keja Nurul hanya mengangkang sebagai Naib Presiden Pelacur Kesukaan Ramai..

anti bohmau said...

bila masa si izzah ni perjuangkan nasib kakitangan awam? tidakkah dia & geng pr nak kurangkan kakitangan awam bila berkuasa kelak? jgn cuba nak jadi jaguh la izzah! kamu jaga papa hebat kamu tu sudahla, kesian mak kamu tu dulu daripada nak kesiankan nasib penjawat awam yg kamu tak pernah pedulikan selama ni! muka tak malu sungguh! anak srupa bapak: pembelit!!!

Anonymous said...

Tahniah pada DS Najib kerana prihatin dan mengambil tindakan bijak dalam menangani masalah gaji penjawat awam. Masalahnya pelaksana dasar tidak amanah dan telus dalam mengkaji SPBA. Sebagaimana yang dibentangkan dalam bajet 2012 Pda tahn lepas smmgnya kenaikan gaji adalah 7 hingga 13% tapi ada yang tamak sampai naik naik gaji hingga 500% mereka inilah yang ingin sabotajDS Najjib. Parasit parasit dekat JPA awas kamu #%^*+#

Anonymous said...

Tak payah komen Izah ooi... kau kan tahu ape... satu kerja tak buat, kawasan pun tak jaga.. Berhenti je jadi YB.. duduk jaga anak.. Klu tak pun pi je kerja kilang.

Anonymous said...

kesian PKR kerana mepunyai NAIB PRESIDEN yang BODOH NAK MAMPUS..

Anonymous said...

cuba hang ambik masa jengok tempat hang sendiri kat kawasan hang tu....apa yg hang dah buat kat penduduk kat situ? sibuk pasal orang lain....tempat sendiri pun tak terjaga....mana janji2 yg hang dok tabok dulu masa ngundi?