By admin On 14:00 | Categorized As , , | With 7 comments
Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya sebagai menteri kewangan ekoran beliau dilihat tidak wajar memegang dua jawatan serentak.

Jawatankuasa Polisi Pakatan Rakyat yang buat pertama kalinya bersidang hari ini menegaskan, tindakan Najib memegang jawatan menteri kewangan juga menyebabkan beliau sering membuat keputusan yang bercanggah dengan kepentingannya sebagai perdana menteri.

“Seperti mana amalan syarikat korporat, jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan adalah dua individu berbeza,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

“Melalui kaedah yang digunapakai sekarang, tidak menghairankan jikalau belanjawan untuk dua tahun sebelum ini fokus kepada pemberian ‘one-off’ untuk meraih undi, berbanding implementasi perubahan struktur ekonomi,” katanya pada sidang media di Sekretariat Pakatan Rakyat di Seksyen 16, Petaling Jaya, semalam.

Hadir dalam sidang media itu ialah dua anggota sekretariat Pakatan Rakyat iaitu Rafizi Ramli dan Liew Chin Tong.

Dzulkefly mengulas pandangan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dalam wawancara dengan akhbar China Press baru-baru ini yang mencadangkan Najib melepaskan jawatannya itu ekoran beban tugas yang dipikulnya.

Prestasi Najib sebelum ini juga mengecewakan termasuk isu berkaitan pengenalan cukai perkhidmatan 6% dan pengumuman penubuhan Suruhanjaya Persaingan.

“Tambahan pula, Menteri Kewangan Kedua merumitkan keadaan. Kita perlukan Menteri Kewangan penuh tanpa beban tugasan lain,” kenyataan tersebut dipetik.

Pada sidang media sama, Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli menegaskan tawaran Pakatan Rakyat untuk melaksanakan Akta Gaji Minima sekira berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

“Bukan sekadar dasar gaji minima RM1,100, Pakatan Rakyat meletakkan sasaran pendapatan isi rumah bulanan di Malaysia ialah RM4,000.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

7 comments:

Anonymous said...

kalau bercakap serah aje kat depa tapi tengok selangor apa ada mana janji dulu?

Anonymous said...

Apa hal pulak,

Anwar pegang jawatan banyak tu korang tak bising plak, PKR, PR, Punaisihat Kerajaan Selangor, Future Foundation, tak lama Ahli Jawatankuasa Pemandu (Punaisihat) Kerajaan Negeri Kedah pulak...

Anonymous said...

Sudah la pakatan oi,janji2 yg dibuat dulu pon x tertunai,ada hati nk pegang malaysia,dpt 5 negeri tp suma huru hara,siap sokong yahudi lg,sudah la,ko xlayak nk nasihat najib,ko ptt nasihat si anwar tu letak jawatan,tarik balik kenyataan menyokong keselamatan israel n menyaman WSJ,bkn dok diam. Je,bkn menyokong si anwar tu,ptt tegur dia,dalaman PR tu btl kan dulu,baru btl kan org lain,bangang punya PR

Khatib Koyan said...

Nak nasihat orang pulak. Diri sendiri termasok seluruh ahli Pakatan punyalah gelong nak nasihat orang lain.

Kencing dalam tempurung, kemudian cermin muka sendiri.

Janji dulu pun tak pernah tunai ada hati nak buat janji baru.

Perangai lebih dari malaun...

Pakteh said...

Eh eh...
Di Selangor Ada MB pegang jawatan portfolio agama...

(mana penting agama atau kewangan?)

Eh eh...apa agaknya portfolio CM of Penang?....hehe

Eh eh....Kedah?
apa hal dengan kedah?
Portfolio di pegang MB Kedah apa erk?...

ooooo patut la ada PEMANDU sekarang..

Kata Pakteh: Jangan hanya menuduh orang jika parti sendiri pun masih tak betul

Anonymous said...

aku nak berbahasa sopan kat Dr Dzulkefly ni, Engkau ni Dzul, basuh kepala konek dan jubur sendiri sebelum nak sibuk hal orang lain. jaga dalam kain anak bini ko, jangan sibuk kain orang lain. nak kata bodoh tak bodohhhh, ada Dr kat depan. jangan dok sibuk salahkan orang lain, CUKUP-CUKUPLAH AUTA GENG PUKITAN(PAKATAN). BOSAN BOSAN BOSAN SANGATLAH DENGAN SETIAP KENYATAAN DARI PUKITAN(PAKATAN.PAGI CAKAP LAIN,PETANG BUAT LAIN, MALAM BALUN LAIN.

Anonymous said...

dr zulkefly ni org rembau pon xnak die, tu yg die lari pergi kuala selangor, cetttt.....porahhh