By admin On 14:00 | Categorized As , , | With 3 comments

Pendedahan mengenai surat ditulis bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada tiga perdana menteri Israel, membuktikan sikap kepura-puraan beliau selama ini, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Ini kerana pada masa yang sama, kata Saifuddin, Dr Mahathir dan perdana menteri seterusnya, Datuk Seri Najib Razak menjalinkan hubungan berterusan dengan Israel.

“Malah hasrat ini dilahirkan menerusi tulisan tangan di dalam suratnya kepada Yitzhak Rabin,” kata Saifuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan surat yang ditulis kepada Yitzhak Rabin, Mahathir menyatakan kesediaan untuk menjalinkan hubungan dengan Israel ‘pada masa sesuai’ di samping melihat kemajuan ketara dalam proses perjanjian damai.

Surat itu ditulis bagi memaklumkan sokongan mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata kerajaan Malaysia juga selama ini mengambil sikap berat sebelah dalam isu Palestin dengan hanya mengiktiraf Fatah, tanpa mengambil kira peranan Hamas yang dipilih rakyat Palestin.

“Ini membuktikan kerajaan Umno-BN tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat dan Israel,” katanya.
Jelas beliau, sikap kepura-puraan itu diteruskan oleh Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang melantik APCO sebagai perunding kerajaan dengan bayaran RM77 juta setahun.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

3 comments:

Anonymous said...

kamu ni pudin hanya balaci sibabi tu yg nak sokong keselamatan israel..kamulah salah seorang yg merosakkan umno dari dlm dulu..kaya dah kamu ni makan duit haram..tengok rumah kamu pun org dah fikir kamu makan duit haram..kalau takat duit elaun wakil rakyat tu kamu boleh hidup k pudin woi..tak usahlah nak lbh2 mengata org..tiba masanya kamu jatuh trlungkup nanti krn pendustaan kamu.kamu ni suka cakap brbelit2...kut2 nnti lidah kamu trbelit sbb suka berdusta & mmfitnah..kalau kamu ni anak jantan, tak perlulah nak sokong sigay tu sokong israel..dah jelas bos kamu sokong israel krn bijak sangat brcakap hingga trkeluar apa yg busuk dlm kotak fikirannya..kamu ni nak bela bos kamu yg meliwat tu ye..yg meliwat je yg sokong peliwat..jom tolak dajal2 politik ni kasi rebah dlm pru13..kasi mulut dajal2 ni diam & insaf sblum kubur kata mari rumah kata pergi..

Anonymous said...

tak tahu nak cakap apa, tapi PKR ni semakin jelas auta mereka! depa ingat rakyat ni bodoh tahap keldai ker senang-senang nak mengkeldaikan orang lain!

pleaselah, rakyat tak buta sangat, aku dah hampir setengah abad hidup kat Malaysia ni, alhamdulillah Malaysia semakin maju dan makmur, tapi sejak PKR dan DAP tu 'naik minyak gila kuasa' dan PAS pun dah 'join the club' tengok semakin mereka nak pedajalkan Malaysia... tapi satu benda yang memang aku confirm, selama Tun M mentadbir Malaysia, belum pernah dengan Tun M menyokong israel apatah lagi menjamin keselamatan israel, malahan kedutaan israel pun takder kat Malaysia ni! jangan anggap kitorang buta kayu, saifuddin bodoh!

yang menyokong israel dan keselamatan israel adalah anwar ibrahim, si kaki auta dan spinner! rakyat dah naik menyampah tengok korang ni!

DAN AKU SETUJU,
PKR MEMANG PENGKHIANAT BANGSA, AGAMA DAN NEGARA
DAP MEMANG SUPER DUPER ULTRA KIASU
PAS BUKAN AGAMA, HANYA PARTI POLITIK BERDAFTAR!

Anonymous said...

kaum yahudi sampai kiamat pun tidak boleh percaya.... itu bukan aku kata..... tapi Allah yang berfirman...... silalah rujuk....sendiri...