By admin On 14:00 | Categorized As , , | With 2 comments

Lim Kit Siang hari ini mempersoalkan jika permohonan maaf yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung kesilapan lampau BN, semalam merangkumi rampasan kuasa pada 2009 ke atas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

"Sejurus sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, Najib berkomplot dan merancang merampas kuasa dengan cara yang tidak sah dan tidak demokratik di Perak. Beliau menjatuhkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang dipilih melalui proses demokrasi oleh rakyat dengan menggulingkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

"Adakah Najib (kiri) akan memohon maaf kerana rampasan kuasa yang tidak sah di Perak itu?" kata Lim dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau juga menyenaraikan beberapa kesilapan lalu BN. Ini termasuk menyebabkan Indeks Persepsi Rasuah Malaysia (CPI) menjunam kepada skor yang paling rendah dalam sejarah, iaitu pada 4.3 mata pada tahun 2011. Turut disentuh adalah skandal kewangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan berjumlah hampir RM100 bilion.

Ini kata Lim, dijayakan dengan bantuan 'bailout' RM840 juta baru-baru ini kepada bekas pengerusi MAS Tan Sri Tajudin Ramli melalui penyelesaian luar mahkamah dengan Danahart

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

2 comments:

Anonymous said...

Apek ini ada minta maaf ke ...apa yang telah terjadi pada 13 May 1969 ..rusohan kaum ????

Anonymous said...

Betul tu..ade ke apek cina tua ni mau mohon maaf dekat melayu apabila berlaku rusuhan kaum cina-melayu 13 Mei 1969?..bilalah tua BABI kutuk ni nak mampus ?? Dulu depa duk maki mahathir sebab lama sangat perintah Malaysia..suruh turun..la ni suruh pulak apek tua ni turun jugak...BENCI tengok dia ni