By admin On 11:00 | Categorized As , , , | With 7 comments

Krisis politik di Kedah terus berlarutan apabila Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi mengarahkan timbalanya, Datuk Amiruddin Hamzah agar meletak jawatan exco sebagai tanda sokongan terhadapnya.

Phahrolrazi berkata, arahan berkenaan selaras dengan usul yang diluluskan PAS kawasan itu pada 17 Februari lalu bahawa dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Kuala Kedah iaitu Amiruddin (Anak Bukit) dan Mohd Nasir Mustafa (Kubang Jerangau) tidak perlu menerima jawatan exco sebagai sokongan untuk beliau.

Menurut Phahrolrazi, usul itu telah diluluskan pada mesyuarat yang dihadiri oleh Mohd Nasir dalam kapasiti beliau sebagai naib yang dipertua kawasan.

Seramai 22 ahli jawatankuasa menghadiri mesyuarat itu, termasuk wakil-wakil daripada sayap pemuda dan muslimat. Bagaimanapun Amiruddin tidak hadir.

Jelas Phahrolrazi, keputusan berkenaan sudahpun disampaikan kepada Amiruddin menerusi surat.

Namun katanya surat kedua akan dihantar kepada Amiruddin tidak lama lagi, bagi menuntut penjelasan dalam tempoh 14 hari kerana mengabaikan arahan tersebut.

"Jika Amiruddin mahu menyokong saya, beliau patut berhenti (sebagai ahli exco). Jika dia mahu terus kekal sebagai ahli exco, dia akan terasing dalam kawasan ini," kata Phahrolrazi.

Dalam pada itu Amiruddin berkata beliau sudahpun menjelaskan kepada PAS kawasan selepas mesyuarat pada 17 Februari lalu mengenai tindakannya menerima pelantikan exco.

"Tapi oleh kerana mereka mahu saya menjelaskan lagi, saya akan berbuat demikian apabila saya menerima surat (kedua)," katanya.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

7 comments:

Anonymous said...

AKu ni pun ahli PAS sejak 1986 lagi dan pada 1992 aku jadi ahli seumur hidup.

Namun bila tahun 2004 aku terpaksa menjauhkan diri bila kawasan aku terdapat beberapa kerat mereka yang jadi ahli tetapi berkiblatkan anu war al juburi. Parasit ini cukup cepat membiak sehingga pada tahun 2008 mereka sudah menguasai PAS kawasan dan ramai dalam peringkat negeri. Rebut jawatan berlaaku, cantas mencantas terjadi, masing masing gila nak jadi calun dan mengambil alih jawatan dalam parti. Kuliah dan diketepikan, usrah langsung tak berjalan, ukhuwah jadi pecah belah, sibuk ceramah politik sana sini, itu pun cari penceramah yang pakar maki hamun .. tapak ceramah dah jadi pasar malam dengan segala jenis dan golongan manusia bercampur baur, yang jantan berseluar pendek, yg bentina mendedahkan aurat kerana mereka dari pkr dan dap ..

Lim Kit Siang dan Karpal pernah kalah.. namun oleh kerana kali itu mereka bekerjasama, kapal dan kit siang menjadi ahli parlimen semula bahkan segala macam orang jadi wakil rakyat selepas pilihanraya 2008 .. itulah jasa pas ... memberi ruang orang kafir musyrik menguasai negara dan menghakis kuasa Melayu Islam !!!

Selagi pas bekerjasama dengan orang kafir, lebih baik aku jadi barua padA UMNO, KERANA MEREKA ITU SEBANGSA DAN SEAKIDAH DENGAN AKU !!!

Anonymous said...

apa lu merepek ni anon,ahli jemaah pas tk dak ber fikiran mcm lu ler,baik lu pi jumpe ktua cwngn umno,isi borang msuk je ler dlm umno,jemaah pas tk perlu kn org mcm lu ni,

Anonymous said...

Aikkkk.....
Ini mengundur diri dgn rela hati ke atau dgn penuh dendam?
Cara si Pahkarulrazi macam orang GILA kuasa saja.
Orang yang tak sokong beliau akan diugut.
Ini pemimpin jenis apa ni?

Harap PAS PUSAT tolong "NYAHkan" si pengacau dan penghasut ni.
Bahaya ni...bahaya.

Ini belum lagi ja MB, kalau dah jadi MB aku tak tau la, sekorpun tak tinggal, semua kena tendang. Yang tinggal cuma yang kena cucuk hidung.

Ni utk renungan:
Kalau si Phakarulrazi ni boleh melawan, tentang dan tak suka keputusan MB Azizan, apa....orang lain tak boleh ka melawan keputusan beliau???

Sendiri mau ingat ha!!!!!!
Cara beliau bertindak adalah lebih mementingkan diri sendiri dpd jamaah. Kalau beliau tak suka dan mahu berundur kenapa pulak nak ugut dan mempengaruhi orang lain supaya sokong dgn keputusan beliau? Nak paksaz2 orang apasal?? Nak ugut2 orang apasal????

Anonymous said...

ada jugak spesis Hassan GT (gila talak) kat Kedah....??
ginilah...... lebih baik hang blah, sebelum hang di"belah"kan..

Anonymous said...

MUKA MACAM NI NAK JADI MB NEGERI AKU???? CEHHHH!!!! TAKDAK GAYA LANGSONG....MASA TAKDAK KUASA PON DAH MACAM JEMUAN....KALAU ADA KUASA, TAK TAU LA MACAMANA!!!

Anonymous said...

PAS dah makin mengarut bila dikawal ANU ar. DAP makin besar kepala.. aku sokong anon 11;23

Anonymous said...

--Quote-
"Jika Amiruddin mahu menyokong saya, beliau patut berhenti (sebagai ahli exco). Jika dia mahu terus kekal sebagai ahli exco, dia akan terasing dalam kawasan ini," kata Phahrolrazi.
--unquote-
Statement ni tak mencerminkan sebagai ahli PAS la.....apa nak jadi dengan pas la ni.