By admin On 14:00 | Categorized As , , | With 0 comments

Pihak pengurusan hotel di Pantai Balok di sini, yang menjadi lokasi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron (gambar kecil) ditangkap atas dakwaan berkhalwat dengan isteri orang pada Sabtu lalu, bersedia untuk menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kes berkenaan kepada pihak berkuasa.

Menurut jurucakap hotel tersebut, pihaknya tidak mempunyai masalah memberi kerjasama kepada pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan polis sekiranya diminta berbuat demikian untuk membantu siasatan berhubung kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 pagi Sabtu lalu itu.

"Tiada masalah untuk menyerahkan rakaman CCTV tetapi ia perlu mengikut prosedur yang akan ditetapkan oleh pihak hotel ini.

"Sebelum ini pun, apabila berlaku kes jenayah kecurian, pihak kami akan memberi rakaman CCTV tersebut kepada polis bagi membantu siasatan.

"Tambahan pula apabila dikatakan ada kejadian membelasah pelanggan yang mencalar imej hotel ini, kita sedia bekerjasama kalau polis mahu menyiasat," kata jurucakap itu lagi ketika dihubungi semalam.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: