By admin On 08:00 | Categorized As , , , | With 2 comments

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang menuntut siasatan terperinci berhubung penemuan seekor bangkai ayam yang digantung di pintu pagar pusat khidmat Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Jalan Tenggiri, Seberang Jaya di Butterworth kelmarin.

Ketua AMK negeri, Amir Md Ghazali mengaitkan perbuatan itu dengan tindakan agresif Umno sejak kebelakangan ini menggangu program anjuran Pakatan Rakyat, khususnya dalam usaha mereka menawan Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

“Umno negeri kian tertekan untuk rampas Pulau Pinang dan sebab itu kelancaran program Pakatan Rakyat di sini cuba diganggu parti itu termasuk melalui Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tajaan mereka yang menggunakan pelbagai nama termasuk Perkasa,” tegasnya.

“Oleh itu, kita mendesak polis membuat siasatan terperinci, telus dan umumkan hasil siasatan itu,” katanya.

Kelmarin, penemuan bangkai seekor ayam yang ada kesan darah dengan sebelah kaki haiwan itu dipotong telah mengejutkan petugas Pusat Khidmat Ahli Parlimen Permatang Pauh di Seberang Jaya.

Satu laporan Polis telah dibuat oleh petugas berkenaan di balai polis Seberang Perai Tengah sebelum sepasukan polis membuat siasatan jam 5 petang tanpa mengumumkan hasil siasatan tersebut.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

2 comments:

Anonymous said...

mcm biasa ....UMNO jugak yang disalahkan....kesian aku tengok puak2 durjana ni....dah kekeringan idea dan cerita.....

Anonymous said...

Puak-puak PKR ni memang pandai "spin" , berbohong dan memutar belit kan fakta... memang dasar parti bawaan Dajal.