By admin On 17:00 | Categorized As , , , | With 13 comments
Polis telah menasihati orang awam supaya tidak mengambil undang-undang di tangan sendiri berikutan satu insiden yang menyaksikan lebih 100 orang kampung menyerbu ke Balai Polis Teluk Bahang kerana memprotes tindakan seorang pegawai polis yang menyebabkan anak mereka terjatuh dari motosikal selepas dikatakan merempit.

Ketua Polis Pulau Pinang, Timbalan Komisioner Datuk Wira Ayub Yaakob berkata, pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang termasuklah ke atas mereka yang membuat kecoh atau pegawai polis yang tidak mengikut peraturan standard ketika bertugas.

“Kami masih menyiasat kedua-dua insiden itu. Yang pertama dakwaan yang mengatakan pegawai polis yang dihantar bertugas menyiasat kejadian merempit telah membaling helmet ke arah para penunggang motosikal berkenaan sehingga jatuh.

“Yang keduanya kami juga sedang menyiasat kejadian merusuh ke balai polis Teluk Bahang sehingga membawa kepada kerosakan dan huru-hara,” ujarnya.

Kata Ayub lagi, tidak ada siapa pun yang berada di atas undang-undang termasuklah pegawai polis.

Kini, pegawai polis yang didakwa menyebabkan kejatuhan mereka yang merempit itu telah ditukar ke bahagian lain sementara menanti siasatan selesai. Kejadian pegawai polis membaling helmet ke arah mat rempit itu dikatakan berlaku pada jam 8 malam Ahad lalu selepas dia bersama seorang pegawai lagi telah diarahkan ke Jalan Teluk Bahang untuk menyiasat laporan berlakunya aktiviti merempit di situ.

Penunggang dan pembonceng motosikal berkenaan kemudiannya cuba melarikan diri sebaik sahaja melihat kedatangan pegawai polis.

Ketika itulah mereka mendakwa salah seorang pegawai polis berkenaan melemparkan helmet ke arah sebuah motosikal sehingga menyebabkan penunggang dan pemboncengnya terjatuh.

Mereka kemudiannya disaman kerana didapati memandu tanpa lesen.

Kumpulan remaja yang merempit ini kemudiannya telah kembali ke rumah dan menceritakan insiden berkenaan kepada keluarga mereka.

Tidak lama selepas itu, lebih 100 orang kampung yang tidak berpuas hati telah menyerbu ke balai polis berkenaan untuk memprotes dan menuntut penjelasan.

Setelah tidak berpuashati mereka kemudiannya dikatakan merosakkan beberapa buah tingkap di balai polis itu dan juga merosakkan beberapa buah motosikal yang terdapat di dalam kompaun balai berkenaan.

Mereka hanya bersurai selepas Timbalan Ketua Polis Negeri, Penolong Komisioner Kanan Datuk Abdul Rahim Jaafar serta beberapa pemimpin masyarakat campur tangan.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

13 comments:

Anonymous said...

Nti anak bini saudara kena ragut nk salahkan polis..cit..tk ada akal. Dorg jlnkn tugas..salah ttp salah .no double standard . The stupidity frm low.level education n moral ppl.

Anonymous said...

Tangkap bapak mat rempit.. sapa suruh bagi motor !!!??

Anonymous said...

ini bukan filem tamil....ingat senang2 nak serang balai polis....jangan cabar undang2...

Anonymous said...

Peristiwa ini menunjukkan, datuk, nenek, bapak, emak, anak lepas tu cucu semuanya sama perangai. Macam bangsat. Sebab itulah anak jadi mat rempit. bapak jadi tukang amuk, datuk jadi tukang angguk, esok-esok cucu bohsia/bohjan.

hijaukuning said...

yang polis pun satu yang duk pi baling helmet tu buat pa...dah lari ka kejar lah duk pakai honda 750 & 1300 tunggu duk takkan tak leh ligan...baru depa ada akai tak kan semua penunggang motorsikal yang xdak lesen mat rempit...kalau aku tak dak lesen aku lari...dah lari kejar la....nasibla...sekarang baru masyarakat ada akal buka mata...yang takdak lesen tu salah lari dari sekatan polis lagilah salah...tapi kalau anggota polis baling helmet ngan tongkoi kayu tetap salah...salah tetap salah nak tunggu siasat lambat...palagi kasi gegar la balai polis bari OCPD ada akai....

Anonymous said...

pendapat aku..saman aje bapak mak bebudak tu..habis cite..kalau depa bising jugak..suruh askar hantar ambik budak tu kat rumah..ada berani??

Anonymous said...

mat rempit aka samseng jalanan ni mmg sial...patut kasi mampusje kat tpt aku yg umur 11thn dah berjinak2 nak jadi samseng jalanan..bapak2 dia orang ni mmg bodoh,bila tegur tak bole terima.

Anonymous said...

mcm2 prkara trjadi skg ni yg brkaitan dgn sikp pegawai polis yg dikatakan melampaui batas. persoalan utama yg timbul di sini ialah, mngapakh mereka masih membawa motor sdg kn mereka tahu bahawa mereka tdk memiliki lesen? dan mengapa kh ibu bapa mereka masih mmbnrkn anak2 mereka untuk mmbawa motor tnpa lesen? bukan kh ianya sdh jelas dn nyata bahawa ianya salah di sisi undang2? dan mengapa kh mereka lari apabila di saman? bukn kh tindakan itu akan menimbulkn lbh bnyk prasangka yg mnjurus kpd tnggpn bhwa mereka adlh "mat rempit"?
setahu ceq, krajaan mnggubl undng2 bhawa klu tiada lesen x blh bwk knderaan sbb utamany untuk mengurngkn jumlh kmlngn yg makin meningkt saban hari. adakah ibu bapa mereka tdk mnyayangi nyawa anak2 mereka?
peristiwa ini lbh kurng sama dgn fenomena : apabila ank2 dirotn oleh guru2 di sekolh, ibu bapa akn mnyaman guru2 krana mncedera kn ank2 mereka. fenomena ini berbeza dgn masa dahulu di mana ibu bapa kan menyerhkn rotn kpd guru utk mendidik ank2 shngga lahirnya pemimpin2 yg terbilng. melalui kekasarn itu lh sbnrny dpt menanam pndidikn yg diberikn dlm sanubari ank2.
tdk salah utk menyayangi anak2, tetapi ingt lh kata pepatah, "sygkn isteri tinggal2 kn, syg kn anak tangan2 kn.."

Anonymous said...

Mak Bapak Mat Rempit tu 2 X 5 dgn anak nye... Besok nanti ada kes samun, rogol dan kemalangan melibatkan keluarga nye Polis jugaklah yg di cari nye... Susah kalau Mak Bapak yg tak de pelajaran ni...

Anonymous said...

ni kes sme mcm jiran aku lah. mat rempit tegar ni susah skt r.. repot kt bapak dye.bpak dye boleh maki blk kte..sng citer repot kt polis. tp nsib bek r bpak dye tkot ngan polis. xde lak protes.. huhu

Anonymous said...

yang stupid pemerintah kita tukar kerajaan le ape lagi

Anonymous said...

yg pergi lari asal??? bengong btl la.. dah wat salah jgn la lari.. pastu yg family pon satu hal.. nampak sgt ler membela benda yg salah... adoiii...

NamJahanam said...

Kalau salah saman..kalau melawan tahan dn dkwa menghalang tugas penjawat awam..xdak undang2 kata boleh belasah rakyat kecuali jika polis jika diserang..apsal nak baling helmet plak..gaji polis tu pun rakyat yg bayaq..pasai tu la org benci kat PRDM..