By admin On 11:00 | Categorized As , , | With 1 comments

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyelar dan melahirkan kekesalan terhadap kepimpinan Umno-BN yang berterusan menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah katanya, media arus perdana termasuk stesen televisyen RTM dan TV3 terus melakukan fitnah terhadap ketua Umum KEADILAN itu setiap hari.

“Sedangkan rakyat Malaysia dibelenggu dengan pelbagai isu besar. Antaranya kenaikan harga barang, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan macam-macam skandal lagi.

“Apakah tidak ada isu lain selain dari memaki dan menfitnah suami saya Anwar Ibrahim?,” soal beliau di hadapan lebih 1,500 peneroka dalam kunjungannya ke Felda Palong 6, malam tadi.

Anwar kebelakangan ini diserang oleh Umno -Barisan Nasional yang memutar belitkan kenyatannya dalam Asian Wall Street Journal berhubung isu Palestin-Israel.

Bagaimanapun, ketua pembangkang itu tegas menyatakan pandangannya selari dengan pendirian Hamas dan Fatah.

Ia antara lain meletakkan syarat tentera Israel perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan, aspirasi rakyat Palestin dihormati dan negara Palestin ditubuhkan.

Wan Azizah dalam pada itu berkata, beliau bersyukur terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan suaminya itu dari tuduhan Fitnah II pada 9 Januari lalu.

Menurutnya, beliau kesal kerana terdapat pihak yang masih tidak berpuas hati terhadap keputusan itu, termasuk menghantar kiriman pesanan ringkas mencaci beliau dan keluarganya.

“Ada yang menghantar sms dan twitter berkata kalau dia jadi Datin, lama dah cerai! Ini lah dia antara manusia yang hari-hari hina dan maki Anwar,’ kata Wan Azizah.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

Anonymous said...

Mane Jam OMEGA yg kak JIJAH simpan tu yer???? sampai la ni tak tunjuk2 gak!!!