By admin On 22:30 | Categorized As , , | With 3 comments
Gambar Hiasan.

Suasana menjelang Himpunan Hijau bagi membantah kilang Lynas di Kuantan Pahang dikejutkan dengan berita pemimpin kanan didalam barisan kepimpinan PKR Selangor ditahan oleh Jabatan Agama Islam Pahang kerana berkhalwat.

Menurut sumber terdekat kepada pihak UtaraNews, pemimpin berkenaan ditangkap khalwat bersama wanita yang berstatus isteri orang. Wanita berkenaan dipercayai bernama Zatiwani yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah kolej komuniti Rompin.

Pemimpin yang bergelar Ustaz berkenaan dikatakan dicekup oleh suami wanita itu sendiri ketika berdua-duan di sebuah Swiss Garden Kuantan, dibilik bernombor 8365 di Balok, tak jauh dari Kuantan pada jam 3 pagi hari ini.

Berdasarkan maklumat daripada saksi, Jabatan Agama Islam Pahang terpaksa menunggu hampir setengah jam sebelum pintu bilik dibuka.

Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz telah mengesahkan mengenai kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dibuat.

Pemimpin PKR yang berasal dari Sabah itu juga baru-baru ini mencetuskan kontroversi di dalam ceramahnya apabila menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti Imam Mahadi.

Beliau pernah bertanding kerusi Parlimen Sabak Bernam,Selangor atas tiket PKR namun tewas. - UtaraNews

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

3 comments:

CopyPaste-TembakJerr!!! said...

MasyaAllah ...

Anonymous said...

congratulations 'ustaz'..for having another lady in your life..bravo!

Anonymous said...

ni la bahana dok maki hamun org,diri sendiri di anggap suci sampai guna title ustaz..dah kena tangkap bagi alasan salah faham,kononnya ppuan tu ada masalah dgn suami dia.adakah dlm bilik hotel jalan penyelesaiannya? badrol amin, inafiona tak cukup lawa ke? bahalol badrol amin ni..toksah nak bergiat dlm politik..pergi muhasabah diri tu dulu...barua punya 'ustaz' palsu!