By admin On 20:00 | Categorized As , , | With 0 comments

Umno dan Barisan Nasional (BN) dianggap begitu terdesak bagi mempertahankan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13, apabila dilihat cuba membayangkan menggunakan strategi kotor.

Ini dapat dibuktikan berdasar ucapan Perdana Menteri apabila cuba menggambarkan Umno akan mempertahankan Putrajaya sehingga ke titis darah terakhir. Dan terbaru pula Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan kenyataan kira-kira 20,000 anggota Rela sedia mempertahankan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan seperti itu yang dilafazkan seorang ketua negara cukup membimbangkan, seolah-olah membayangkan kerajaan BN terpaksa menggunakan kaedah luar normal bagi mempertahankan Putrajaya.

Malah katanya, kebelakangan isu-isu perkauman cuba dicetuskan dengan didalangi pihak tertentu bagi menakut-nakutkan rakyat termasuk meletak kepala babi di masjid.

“Rumah pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat pula disimbah cat merah dan ada unsur khianat sehingga sanggup membakar rumah,” katanya pada program taklimat khas Ketua Penerangan PAS Pusat di Markas Dewan Ulamak PAS Kelantan (Madu) di Labok, petang semalam.

Tuan Ibrahim juga berkata, dakwaan pihak lawan kononnya PAS menjadi alat DAP tidak berasas sama sekali memandangkan dasar perjuangan PAS tidak pernah berubah sejak diwujudkan sehingga sekarang.

“Malah kalau kita tengok dari segi jumlah kerusi parlimen yang diitandingi PAS lebih banyak berbanding DAP pada pilihan raya umum lalu. PAS bertanding di 67 kerusi, berbanding DAP tanding di 46 kerusi. KeADILan pula bertanding di 94 kerusi.

“Macam mana DAP boleh gantikan PAS memandangkan jumlah kerusi yang ditandingi PAS lebih banyak. Hubungan akrab di antara DAP dan PAS juga dapat dilihat pada setiap pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum 2008.

“DAP sanggup membuka bilik gerakan bagi membantu PAS menghadapi pilihan raya kecil di Tenang. Begitu juga di tempat-tempat lain,” ujarnya.

Pada majlis itu beliau berharap jentera PAS bekerja bersungguh-sungguh bagi mempertahankan kerajaan negeri kerana Kelantan menjadi model sehingga membolehkan Pakatan Rakyat bertapak di empat lagi negeri pada pilihan raya umum ke-12 lalu.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: