By admin On 10:34 | Categorized As , , | With 4 comments

Insiden keganasan yang berlaku di Sembrong, Johor baru-baru ini membuktikan Umno- Barisan Nasional membawa budaya ganas dan samseng, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau berkata, keganasan sedemikian dilihat lebih kerap berlaku di negeri yang dianggap kubu kuat Umno, seperti Johor dan Melaka, bertujuan untuk menyekat pengaruh Pakatan Rakyat.

“Cara provokasi yang lebih kurang sama juga menunjukkan ada arahan khusus yang diberikan kepada jentera bawah,”

“Ini kerana Umno tidak mahu mesej perubahan yang dibawa Pakatan sampai kepada rakyat,” kata Shamsul kepada Keadilandaily.

Insiden di Sembrong Ahad lalu, menyaksikan lebih 100 orang, kebanyakannya remaja belasan tahun, membuat kacau di program ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mengakibatkan beberapa kecederaan.

Samseng Umno itu turut melempar mercun, telur, botol dan kayu selain berteriak melontar kata-kata kesat ketika Anwar berucap.

Malah, kumpulan samseng yang membawa bendera Umno dan BN itu turut memecahkan cermin kereta Anwar dan bertindak ganas menendang bahagian keretanya sehingga kemek.

Isnin lalu, ceramah Anwar di Felda Tun Ghafar Baba di Machap, Alor Gajah, Melaka turut dicemari dengan gangguan penyokong Umno-BN.

Dalam pada itu, Shamsul kesal kerana pihak polis tidak memainkan peranan sewajarnya untuk meleraikan insiden keganasan tersebut.

“Polis yang bertugas tidak mengambil sebarang tindakan. Apakah perlu menunggu keadaan menjadi darurat terlebih dahulu?” soal beliau.

Justeru itu, beliau menuntut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bertanggungjawab berikutan insiden itu.

“Sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau harus beri penjelasan, bukan bertindak berdiam diri. Apatah lagi, beliau sendiri adalah ahli Parlimen di situ,” jelasnya lagi.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

4 comments:

Anonymous said...

kalau kami ganas...

yg pentaksub dan penganut pakatan masa 901 tu apa plak???

sopan santun ka???

bt statement mcm musibat jer kemetot nie...

pejuang hamas...

Anonymous said...

Mamat ketot nie tingal kat Kajang Utama, Kajang. Rasa nak langar je bila dia antar anak dia pagi pagi tu..... Muka dah la poyo. Berlagak, kononnya pejuang. Macam peliwat ada le...

oldman said...

shamsul Ishkandar manusia istimewa...otak dalam kepala lutut.

Anonymous said...

Lembu Umno ni kebanyakkannya keturunan PENYAMUN
Kalau tak caya tanyalah pada Tok nenek dia orang tu.
Sebab tu yang keluarpun PERANGAI mengikut penyamun.
Jenis SAMSENG sejak keturunan lagi.