By admin On 17:00 | Categorized As , , , | With 1 comments

Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memutuskan sama ada beliau akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Menurut Abdullah, terpulang kepada Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) untuk menentukan perkara itu.

“Saya serah kepada Najib untuk membuat keputusan dan saya tidak mahu komen lebih lanjut kerana semua ini terpulang kepada beliau,” kata bekas Perdana Menteri itu selepas majlis penyerahan Insentif Peningkatan Hasil (IPH) di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Penaga, dekat sini semalam.

Sebelum ini, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam kawasan Parlimen Kepala Batas iaitu Penaga (Datuk Azhar Ibrahim) dan Bertam (Datuk Zabariah Wahab) mengesahkan tidak akan bertanding pada PRU-13 nanti.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

maie1958 said...

berenti la,duduk masjid lagi baik...kau dan anak menantu kau pun dah kaya raya hasil perjuangan melayu dan darah melayu kau!!!