By admin On 17:00 | Categorized As , , | With 9 comments

Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu mengubah undang-undang di Malaysia mengikut acuan barat terutamanya untuk mengembangkan konsep kebebasan seks adalah bersifat putar belit kenyataan semata-mata.

Sebaliknya kenyataan Anwar dalam satu wawancaranya bersama BBC Mumbai baru-baru ini menyentuh tentang undang-undang lapuk yang diamalkan di negara ini sememangnya benar.

Undang-undang lapuk yang masih diguna pakai hingga kesaat ini bertujuan demi kelangsungan survival politik kerajaan BN melalui undang-undang menghalang kebebasan hak rakyat.

Walaupun bergelar negara demokrasi, kerajaan BN masih menguatkuasakan undang-undang tertentu untuk mengekang kebebasan rakyat bersuara seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Mesin Cetak dan Akta Universiti dan Kolej (AUKU).

Pengarah Latihan PKR, Mustaffa Kamil Ayub berkata kenyataan Dr Mahathir tersebut melampau dan liar.

"Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam persoalan undang-undang di Malaysia itu jauh dipesongkan daripada apa yang beliau maksudkan.

"Saya mencabar kerajaan Najib dan Mahathir untuk memberikan Anwar ruang di media arus perdana untuk menjelaskan apa yang beliau maksudkan dalam wawancara itu," ujar Mustaffa.

Mustaffa turut membangkitkan fenomena media milik Umno/BN yang sering memutar-belitkan kenyataan yang dikeluarkan Ketua Umum PKR itu.

"Untuk membalas segala serangan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mempunyai saluran media baru sebagai wadah untuk menjelaskan beberapa salah faham mahupun salah tafsir yang berlaku," tambah Mustaffa kepada TVS.

Jelas beliau tindakan Dr Mahathir tersebut disebabkan kebimbangan bekas perdana menteri tersebut terhadap kebangkitan Pakatan rakyat yang diterajui Anwar disaat menghadapi pilihanraya umum akan datang.

"Sudah cukup jelas dalam konteks Malaysia dan Pakatan Rakyat juga akan lebih tegas mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Islam sebagai agama persekutuan serta mempertahankan institusi raja-raja juga hak keistimewaan Melayu.

"Kesemua ini merupakan komitmen Pakatan Rakyat jika diberi kesempatan mengambil alih Putrajaya," jelasnya lagi.

Mustaffa juga menjelaskan bahawa kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara itu jelas menggambarkan komitmen berterusan kepada institusi perkahwinan dan agama seperti termaktub dalam perlembagaan.

"Cuma pendekatan dan cara menangani masalah yang wujud dalam masyarakat itu perlu ditangani dengan cara yang berhemah dan mendidik untuk membawa masyarakat yang mungkin tersasar daripada tabiat yang berteraskan nilai agama," kata Mustafa.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

9 comments:

Anonymous said...

u ask him..he is a naughty gay....

Anonymous said...

LA.. ADE LAGI GHUPERNYA INGATKAN DAH M*****S!

Anonymous said...

maaf, saya sebagai rakyat biasa bersetuju sepenuhnya dengan Tun M, hanya pakatan rakyat yang masih membutakan mata dan hati demi kelangsungan politik sehingga rela menggadai maruah bangsa dan agama! sedarlah, si anwar ibrahim yang kamu agungkan adalah penyokong kuat zionist!

Anonymous said...

Cuba baca statement Anwar betul-betul...Dia tak refer pada ISA...etc,etc... Undang-undang lapuk yang disebut Anwar adalah undang-undang gays, lesbian dan homo....Takkan bute sangat engkau niii???

Inai Merah said...

Memang dasar dan agenda utama PKR ialah memtar belit setiap kenyataan yang dikeluarkan.

Orang cakap lain mereka cakap lain.

Jangan bongkak dan sombong. Dalam situasi sekarang banyak yang menunjukan kelemahan Pakatan Pembangkang dalam memenuhi Janji Pilihanraya 12.

Rakyat sudah dapat menilai pembohongan yang mereka buat. Cuma tunggu masa sahaja untuk diterjermahkan ke dalam Peti Undi.

Janganlah yakin tinggi melangit.

Anonymous said...

hahah bagi anu'R jelaskan apa jadahnya nak suruh dia spin sana sini lagi ngan statement tentang nak ubah undang2 gay dan kenytaan dia support keselamatan Yahudi ?? jgn la sebab kan nak kjear kemewahan kesenangan sanggup memperbodohkan kan diri yg sememangnya bodoh..PKR harus dibubarkan anu'R ko pasti akan dimalukan depan rakyat Malaysia dan dunia akan tahu akan kebenarannya...

Zulkarnain Mahmud said...

terang lagi bersuluh.. sedarlah wahai bangsa melayu dan umat islam.. Anwar Ibrahim adalah sebenar pemecah belah KESATUAN UMAT dan sememangnya EJEN YAHUDI dan NASRANI

Anonymous said...

Salam Mustafa,

Mohon tengok balik berita tersebut...Anwar memberi jawapan KEPADA SOALAN yang khusus mengenai LGBT...Jangan putar belit kenyataan ... Tolong la ....

Anonymous said...

anwar sanggp mengadaikan maruah dan agama umat2 islam malaysia demi kepentingan diri sendiri sgt jelas dia merujuk tentang LGBT yg juga jelas haram dlm Islam cuba fhm betul2 commnt dia tu...im not voting that guy for PM not ever that creep