By admin On 16:30 | Categorized As , , | With 9 comments

Seorang tokoh agama yang juga Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa‘amah tetap dengan pendiriannya bahawa menyokong parti Pas termasuk pada pilihan raya umum akan datang adalah berdosa.

Malah, Abdullah menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan mana-mana individu termasuk pemimpin Pas sendiri yang tidak bersetuju dengan pendapat beliau itu.

Beliau turut melahirkan rasa hairan dengan sikap segelintir masyarakat yang masih tidak sedar bahawa Pas sekarang tidak sama dengan Pas dahulu yang tidak lagi bertegas dengan dasarnya menegakkan negara Islam.

“Pas masuk dalam pakatan pembangkang dan bekerjasama dengan DAP yang tidak terima Islam sebagai dasar.

“Sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula dasar dia liberalisme dan pluralisme yang menyatakan semua agama termasuk Islam adalah sama, orang Islam dan orang lain sama rata. Perjuangan liberalisme, pluralisme, sosialisme ini haram.

“Pas duduk sekali dan reda serta menyokong pula calon-calon DAP, PKR. Pas juga sokong dan reda bila DAP menang dan jadi pemimpin, Timbalan Perdana Menteri, berdosa dari segi hukum syarak.

“Sokongan Pas itu menghancurkan Islam dan orang Islam. Umat Islam perlu menarik balik sokongan mereka kepada Pas,” dakwanya kepada Utusan.

Abdullah diminta mengulas kenyataannya sebelum ini yang menyatakan berdosa menyokong Pas kerana perjuangan parti itu kini tidak lagi menegakkan negara Islam, sebaliknya membawa kehancuran kepada sesama umat Islam apabila bersekongkol dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan menyokong usaha memastikan keselamatan negara Israel.

Menurut Abdullah, kerjasama Pas dan DAP berbeza dengan kerjasama UMNO dengan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang telah memperakui kedudukan agama Islam dan umat Islam sejak sekian lama.

Sementara itu, bekas anggota Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris menyokong pandangan Abdullah itu mengambil kira perjuangan politik semasa Pas yang lebih ghairah untuk berkuasa dan tidak lagi memperjuangkan pembentukkan negara Islam sebaliknya negara berkebajikan.

Mohd. Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan turut berpendapat, sokongan kepada Pas boleh menyebabkan perpecahan sesama umat Islam yang sepatutnya bersatu.

“Penyatuan umat Islam tunjang kepada kepimpinan Rasulullah SAW sebagaimana bertautnya kaum Muhajirin dan Ansar, bahkan antara Aus dan Khazraj di Madinah.

“Sekarang umat Islam berpecah kepada dua, sokong Pas dan UMNO. Sokongan sepatutnya diberikan kepada UMNO yang lebih lama (tertubuh) berbanding Pas dan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO juga terang-terangan sebut menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam agama rasmi negara.

“Pas pula bersifat was-was, dulu kata nak tegak negara Islam, sekarang negara berkebajikan. Dulu Pas tentang kerjasama dengan orang kafir, sekarang Pas bekerjasama dengan orang kafir. Pas parti yang tidak tetap pendirian dan tidak ada istiqamah,” katanya.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

9 comments:

lijitra said...

ni tokoh agama ka apa.aku rasa mamat ni ular dalam semak. sama dgn hasan jati.tak tau beza mana yang nak hancur agama.

Anonymous said...

PAS bukan islam. PAS hanya satu parti politik ...yang *MENGGUNAKAN* islam hanya semata-mata untok mendapatkan keuntungan yang tidak seberapa. Pendirian PAS memang tidak konsistan. Sekejab begini....sekejap lagi begitu.

Anonymous said...

lijitra, mana lebih penting dlm Islam? kepentingan politik ke perpaduan dan keharmonian ummah? tolong jawab yer..

Anonymous said...

patutla UMNOPRONO hidup lagi.........sbb ada org macam ni

Anonymous said...

MasyaAllah. Semua ngaku Islam. Umno n Pas. Dari komen yg di beri nampak tak ada akhlak. Nak sokong siapa pun sokong aje la.Biar berlandas al-quran /hadis. Nak minta semua tolong fikir ya, kenapa Kelansan saman wanita berlegan pendek RM 500, di Kedah pula tak apa. Dua2 ngr Pas. Dulu Hj Hadi buang patung penyu, tapi patung burung helang dekat Langkawi tak buang pula. Sekali fikir apa yg di kata Tokguru Abdullah tu betul, dua kali fikir juga betul sebab isu aurat n patung ada hadis akan haram halalnya. Dalam Umno juga banyak berlaku. Soal haram halal ni Allah tak lihat pada sikit banyak, walau sikit haram, tetap haram. Jelas Pas n Umno terlibat dalam melakukan, menyokong atau subahat dengan perkara haram. Ertinya menyokong kedua2nya hukumnya apa...?Jangan marah Pas, jangan benci Umno. Farakah dulu. Cuba kita belajar bertenang dgn beri laluan pada Hasan Ali. Kalau Allah memberi hidayah padanya utk kebaikan ummah, kearah perpaduan umat, kenapa pula kita sgt membencinya lebih dari Karpal Singh yg terang2 menentang hudud dan mengugut Pas soal negara Islam.

Anonymous said...

PAS hanya persatuan adat dan sukan aje la...

Anonymous said...

Kalau tak approve pun takpa...pas and pkr hanya kasi melayu hancur je...

Anonymous said...

Melayu buat bisnes pun kena kacau...ah meng, ah kaw...ramasamy semua tepuk tangan.....

Anonymous said...

Ya Allah... berilah hidayah & taufikmu kpd tokoh agama diatas... kesian wa tengok. masih jahil ilmunya.