By admin On 15:00 | Categorized As , , | With 0 comments

Ketika ditemui media selepas program pertemuan dengan warga Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa isu sokongan terhadap Israel akan diperjelaskan kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lama lagi.

Anwar juga menyifatkan desakan yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan mengenai kenyataannya didalam Wall Street Journal itu baru-baru ini adalah merupakan satu teguran yang penuh hikmah.

“Berbeza jika dibandingkan dengan sikap pemimpin Umno-Barisan Nasional yang mengambil kesempatan dan gemar menabur fitnah dan memutar belit fakta kenyataan saya untuk memberi gambaran seolah-olah saya menentang aspirasi rakyat Palestin.." kata Anwar.

Ketua Pembangkang yang baru pulang dari Bangkok Thailand itu menjelaskan kepada media bahawa isu sokongan terhadap Israel ini berbeza kerana ia melibatkan percaturan antarabangsa. Justeru itu, ramai yang mungkin tersalah tafsir mengenai kenyataan beliau.

“Isu Palestin ini berbeda kerana ia melibatkan percaturan politik antarabangsa. Mereka tidak akan siarkan pertemuan (mantan perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad dengan para pemimpin Israel."

“Begitu juga mereka tidak akan siarkan berita mengenai pertemuan di antara Menteri Luar Malaysia dengan Menteri Luar Israel. Itu tidak akan diceritakan oleh Umno dan mereka tidak jujur untuk mendedahkan fakta ini,” katanya lagi.

Nik Aziz dalam kenyataan baru-baru ini mendesak Anwar membuat kenyataan secara terbuka dan menarik balik kenyataannya yang menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan WSJ. Anwar juga didesak menyaman majalah itu jika laporan berkenaan adalah tidak benar.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: