By admin On 11:00 | Categorized As , , | With 0 comments

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob berkata beliau sanggup menjadi sebahagian dari sejarah Johor sekiranya diberikan peranan oleh kepimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat dalam usaha merampas kubu kuat Umno tersebut.

Katanya adalah tidak mustahil Umno Johor juga akan tumbang sekiranya Pakatan Rakyat menggunakan pelbagai pendekatan dan strategi yang relevan dengan tuntutan pengundi.

Anak kelahiran Johor ini berkata, Johor sudah tidak lagi dianggap sebagai kubu kuat Umno memandangkan PAS telah memenangi dua kerusi DUN.

"Mentera tahyul bahawa Umno di Johor merupakan benteng terkuat Umno telah menjadi sejarah.

"Tidak mustahil Johor sebagaimana berlaku di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dalam Pilihanraya Umum lalu, siapa sangka," kata beliau.

Berhubung saranan beberapa pihak termasuk Mursidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat merelakan beliau berpindah ke Johor, Salahuddin berkata beliau sedia akur dengan segala arahan parti.

"Saya amat hargai kenyataan Tok Guru (Nik Aziz) yang rela melepaskan saya dari genggaman dan pelukan beliau supaya memberikan perkhidmatan dimana sahaja tenaga saya di perlukan.

Ditanya mengenai kepimpinan untuk menerajui PR dalam pilihanraya akan datang beliau berkata Gabungan PR merupakan aset yang besar ke atas usaha menawan negeri di selatan semananjung itu.

"Momentum pengundi sudah berbeza sekarang PR diwakili oleh pelbagai kaum dan banyak kerusi-kerusi di Johor terdiri dari kerusi campuran. Peluang PR dilihat lebih baik.

"Matlamat pakatan adalah untuk merampas dan menguasai Putrajaya dan negeri-negeri, bukan persoalan siapa yang akan menjadi ketua atau pemimpin.

"Kita ada mesyaurat kepimpinan tertinggi PR yang diwakili oleh pemimpin-pemimpin tertinggi parti yang bertemu setiap minggu.

"Segala keputusan adalah keputusan yang dipersetujui bersama. Tidak timbul siapa akan jadi ketua," ujar beliau

Ditanya mengenai peluang PR di Johor beliau berkata PAS tidak bersendirian sebagaimana pilihanraya sebelum ini kerana telah bersama PR

"Momentum pengundi sudah berbeza sekarang PR diwakili oleh pelbagai kaum dan banyak kerusi-kerusi di Johor terdiri dari kerusi campuran. Peluang PR dilihat lebih baik." kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Krian.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: