By admin On 08:00 | Categorized As , , | With 0 comments

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil perlu berundur dari semua jawatannya samada dalam politik mahupun kerajaan, sekiranya beliau mempunyai maruah, tegas Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Zuraida mengulas desakan beberapa pihak khususnya dari pimpinan Umno sendiri yang mahu Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat itu, meletak jawatan, selepas keluarganya dikaitkan dengan skandal NFC.

“Kalau Shahrizat seorang pemimpin yang ada maruah, kita nasihatkan beliau berundur dan meletakkan semua jawatannya dalam politik dan kerajaan,” katanya.

Semalam, bekas menteri dan Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz menggesa supaya Shahrizat berundur, selain desakan serupa turut disuarakan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee.

Rafidah dalam wawancara dengan The Malay Mail dilapor berkata, keputusan berundur merupakan tindakan paling matang untuk berdepan dengan masalah yang dihadapi Shahrizat.

Manakala Syed Ali pula menulis di blognya mengakui rakyat kini mula menyindir umno berhubung skandal berkenaan.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, skandal NFC yang dikaitkan dengan keluarga Shahrizat itu bukan sahaja memalukan beliau dan keluarganya, tetapi juga rakyat malah partinya sendiri.

“Maknanya, partinya sendiri tidak mahu beliau dan eloklah beliau berundur terus,” tegas Zuraida.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: