By admin On 20:00 | Categorized As , , | With 3 comments

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin hari ini mengesahkan beliau menerima kertas saman yang dikemukakan terhadapnya berhubung pembongkaran isu Pusat Fidlot Negara (NFC).

Zuraida berkata, pihaknya mengalu-alukan saman yang dikemukan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil kerana memberi peluang kepada pihaknya mendapatkan maklumat-maklumat penting yang disembunyikan dari pengetahuan rakyat.

"Kami yakin saman tersebut tidak ada asas dan bersedia untuk bertemu di mahkamah pada bila-bila masa sahaja.

"Untuk tujuan itu, kami telah melantik satu pasukan peguam yang terdiri daripada Ranjit Singh, Sivarasa Rasiah, N.Surendran dan Gopal Sreenevasan," jelasnya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

PKR sebelum ini mendakwa wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC. Projek itu diberikan kepada syarikat yang dimiliki suami Shahrizat, Datuk Salleh Ismail dan anak-anaknya.

Bercakap kepada pemberita, Zuraida berkata pihaknya juga bersedia untuk memanggil saksi-saksi penting yang bertanggungjawab membuat keputusan bersabit NFC di semua peringkat bagi merungkai skandal besar negara ini.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

3 comments:

Ahmad Shukri Mokhtar said...

hahah, melantik peguam yg dilantik PKR sbagai peguam? 4 peguam yg sama dlm kes mahasewel, geng 2 BARmabukCOUNCIL LGBT, mana2 kes melibatkan PKR, maka terlihatla kehebatan pemfitnah bersama peguam hak asasi. Peguam pemfitnah mewakili pemfitnah disaman oleh mangsa fitnah, mangsa yg dpt malu, pemfitnah dpt glemer memfitnah tanpa jemu dan ragu., pemfitnah pernah dibuang kerja dari PETRONAS yg menajannya di univ, utk melakukan menggelapkan wang PETRONAS..

Anonymous said...

cantik sama sama kita tenguk apa yang akan berlaku .... agak pasti peguam peguam ini akan dapat menghasilkan keputusan yang mak selampit PKR tidak bersalah kerana kekurangan bukti dan kes ini terlalu teknikal untuk difahami oleh rakyat biasa. Persepsi bahawa transaksi syarikat milik individu (pemegang saham) dan milik negara adalah sama dan orang yang melakukanya ialah Shahrizat akan dijaja seantero dunia ... sama dengan kes liwat Anuar Ibrahim .... beliau tidak bersalah apa (heee heee heee). Yang aku risau kes saman ne ialah MAK LAMPIR nak selak kain .... bukan apa tak kuasa aku nak melihatnya .... NAK TERMUNTAH.

Anonymous said...

kenapa peguam lantikkan PKR tak dak pun org melayu? PKR tak percaya org melayu ka..was was dgn lawyer melayu atau lawyer melayu PKR hanya melalak serupan anjing bila ada perhimpunan haram jer la waakakakakka